VOLVOGRAD, (MLP) - Seorang wanita
yang berumur 27 tahun, Xenos Prokhorova telah mengambil gambar seorang
lelaki yang sedang diserang sakit jantung dan telah memuat naiknya ke
laman Facebook tanpa menolongnya.
Xenos dalam perjalanan pulang dari kerja
apabila terserempak dengan Vadim Pokrovskii, 22, yang tengah diserang
penyakit jantung di bandar Rusia ini. Dia dilaporkan telah mengeluarkan
telefon pintar, mengambil beberapa keping gambar dan terus berjalan dari
situ.
Salah satu rakan Xenos di laman
Facebook, Yuri Shcherbakov telah melihat gambar tersebut dan sedar
bahawa kejadian ini telah berlaku di luar bangunan pangsapurinya . Dia
kemudiannya telah bergegas ke lokasi kejadian. Apabila tiba di situ,
mangsa masih terlantar di tepi jalan dan Yuri telah memanggil ambulans
dengan serta-merta.
Orang yang lalu-lalang tidak menolong mangsa kerana mengingatkan bahawa dia seorang ketagih alkohol ataupun penagih dadah.
Malangnya, mangsa tidak dapat
diselamatkan dan Xenos telah ditahan oleh pihak berkuasa dan akan
didakwa kerana tidak menolong seorang yang sedang bergelut untuk
nyawanya.
Kredit Foto: search engine journal
Comments :
0 comments to “Wanita didakwa kerana mengambil gambar lelaki yang sedang mati ”
Post a Comment