Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Peralatan elektronik membantut tumbesaran kanak-kanak

peralatan-elektronik-membantut-tumbesaran-kanak-kanak

Kajian yang dijalankan di Universiti Boston mendapati penggunaan peralatan elektronik seperti telefon pintar dan tablet akan membahayakan pertumbuhan emosi sosial kanak-kanak yang berusia muda dari 30 bulan.

Cara yang paling baik untuk kanak-kanak sekitar umur satu hingga tiga tahun belajar adalah dengan interaksi di kehidupan sebenar.

Menurut jurnal Pediatrics, kanak-kanak perlu belajar rasa empati dan kemahiran penyelesaian masalah dengan bermain dengan kanak-kanak lain. Penggunaan gajet eletronik semasa usia yang tersangat muda boleh mengganggu pemerolehan kemahiran tersebut.

“Jika alat-alat ini menjadi kaedah utama untuk menenang dan mengalihkan perhatian anak-anak kecil, dapatkah mereka membangunkan mekanisme dalaman untuk mengawal diri sendiri?” soal para penyelidik berkenaan.

Kanak-kanak di bawah usia tiga tahun yang terlalu didedahkan dengan interaktif digital akan menjejaskan kemahiran kendiri berkaitan matematik dan sains kelak.

Memetik laporan dari Telegraph, membenarkan kanak-kanak menggunakan peranti mudah alih untuk pendidikan, dan bukannya sekadar mengisi waktu senggang amat berguna, tetapi hanya apabila mereka mendekati usia ke sekolah.

Kredit gambar: arabiangazette

Comments :

0 comments to “Peralatan elektronik membantut tumbesaran kanak-kanak”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.