Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Muzium 3D terbesar di Langkawi


muzium-3d-terbesar-di-langkawi
LANGKAWI, (MLP) - Muzium Lukisan 3D terbesar negara berharga RM17 juta kini dibuka untuk kunjungan umum di Oriental Village, Pantai Kok.

Muzium yang dikenali sebagai Art In Paradise Langkawi itu bakal menjadi antara tarikan utama pelancong ke pulau tersebut. 

Muzium yang dibina dengan tiga tingkat itu dibahagikan kepada sembilan zon dan juga disahkan sebagai muzium kedua terbesar di dunia.

Majlis perasmian disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di perkarangan Oriental Village, hari ini.

Metro harian melaporkan, menurut Dr Mahathir, muzium terbaru ini menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada dan ia memberi lebih banyak pilihan kepada pelancong ke Langkawi.

"Saya difahamkan muzium ini mempunyai lebih 200 lukisan dan disahkan sebagai muzium 3D terbesar di Malaysia dan kedua di dunia," katanya.
Kredit Gambar: Mrjocko

Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/news/local/article/articleid/645097/muzium-3d-terbesar-di-langkawi

Comments :

0 comments to “ Muzium 3D terbesar di Langkawi”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.