Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Putuskan hubungan kerana tidak bermekap


putuskan-hubungan-kerana-tidak-bermekap
BEIJING, (MLP) - Teman lelaki dilapor memutuskan hubungan dan meninggalkan teman wanitanya hanya kerana wanita itu tidak bersolek.

Sepasang kekasih dilapor bergaduh di stesen kereta api bawah tanah sebelum si lelaki membuat keputusan untuk meninggalkan teman wanitanya kerana tidak bersolek. 

Gambar yang tersebar di Weibo, kelmarin menjadi  perbualan orang ramai.

Menurut saksi, berdasarkan pertengkaran mereka, lelaki itu marah kerana teman wanitanya tidak menggunakan alat solek dan tampil tidak cantik. 

“Adakah saya memalukan kamu? Jadi kamu memutuskan hubungan hanya kerana saya tidak memakai mekap?” wanita itu didengar jerit oleh orang ramai. 

Bagaimanapun, lelaki itu dikatakan meninggalkan tempat itu tanpa menjawab soalannya. 

Wanita berkenaan kemudian dilihat mencangkung dan menangis di sebelah sejambak bunga.

Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/news/world/article/articleid/644857/putuskan-hubungan-kerana-tidak-bermekap

Comments :

0 comments to “Putuskan hubungan kerana tidak bermekap”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.