JEMBER, (MLP) - Melalui satu
undang-undang yang baru, pelajar-pelajar di sini yang bakal menamatkan
persekolahan tinggi perlu menjalani ujian kedaraan.
Tujuan undang-undang ini diperkenalkan
oleh pihak berkuasa di bandar raya di Timur Jawa ini adalah untuk
mencegah pelajar sekolah tinggi daripada mengadakan hubungan intim
sebelum berkahwin.
Walau bagaimanapun, ujian ini hanya perlu dijalani oleh pelajar perempuan dan bukan pelajar lelaki.
Indonesia dikenali untuk ujian-ujian
sebegini di mana pada tahun 2013 pasukan tentera mereka telah mengakui
bahawa ianya wajib untuk wanita yang ingin menyertai pasukan tentera
atau polis untuk menjalani satu ujian kedaraan.
Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata bahawa ‘ujian’ ini adalah memalukan dan kejam.
Timbalan Pengarah HRW Asia, Phelim Kine
berkata ''Presiden Joko Widodo harus menghantar pesanan yang kuat dan
jelas yang melarang kerajaan tempatan, tentera Indonesia, polis dan
perkhidmatan awam untuk menjalankan ujian kedaraan. Pihak berkuasa yang
melakukan demikian harus dihukum dan memastikan hak wanita sentiasa
dilindungi''.
Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/news/world/article/articleid/646050/ujian-dara-untuk-pelajar-pelajar-sekolah-tinggi
Comments :
0 comments to “Ujian dara untuk pelajar - pelajar sekolah tinggi”
Post a Comment