Deepika Padukone
Tarikan fizikal: Bentuk badan yang cantik dan tinggi lampai
Tips kecantikan: Deepika percaya kecantikan terletak pada kulit yang cantik dan untuk mendapatkan kulit cantik, adalah penting untuk sentiasa relaks dan tenang. Jadi kata Deepika, carilah masa untuk berehat, pergi ke spa dan berurut.
Katrina Kaif
Tarikan fizikal: Kulit yang berseri dan senyuman yang menawan
Tips kecantikan: Katrina merupakan pengguna setia topeng lumpur atau mud mask. Menurut Katrina, ia sangat mujarab melawan masalah kulit seperti jerawat.
Kareena Kapoor
Tarikan fizikal: Kulit putih kemerahan
Tips kecantikan: Kareena tak makan daging dan hanya akan mengenakan mekap jika keadaan memerlukan.
Vidya Balan
Tarikan fizikal: Authentic Indian looks
Tips kecantikan: Vidya hanya menggunakan produk yang berteraskan alam semulajadi, dan mengamalkan minum jus buah yang diperah sendiri setiap hari.
Aishwarya Rai Bachan
Tarikan fizikal: Mata hijau dan keyakinan diri yang tinggi
Tips kecantikan: Aishwarya percaya kecantikan hanya boleh diperolehi jika seseorang itu berasa gembira dan puas hati dengan kehidupannya. Maka, carilah kebahagiaan anda kerana di situ terletak kecantikan anda!
Sumber
Comments :
0 comments to “ Tips cantik bintang Bollywood”
Post a Comment