Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Bagaimanakah cara lelaki berkorban untuk cinta?


bagaimanakah-cara-lelaki-berkorban-untuk-cinta
Hargailah pengorbanan seorang insan bernama lelaki. Sering dikaitkan dengan ego yang tinggi, sememangnya lelaki susah untuk melahirkan rasa sayang sehingga mencapai satu situasi di mana dia sanggup merendahkan ego dan berkorban untuk yang tersayang.

Tahukah kamu lelaki sebenarnya banyak berkorban untuk membahagiakan pasangannya? Ketahui beberapa pengorbanan yang dimaksudkan:

Waktu tidur
Lelaki sangat mementingkan masa tidur mereka. Jika ada masa terluang selalunya mereka akan melelapkan mata. Jika dia sanggup untuk bangun dari tidur dan membawa kamu keluar, hargailah masa bersama tersebut.



Menemani beli-belah
Para jejaka tidak gemar menghabiskan masa berjam-jam lamanya di pusat membeli-belah. Sekiranya dia tidak kisah menemani dari satu kedai ke kedai yang lain, jangalah ambil remeh kesanggupan tersebut.



Perbelanjaan
Sesungguhnya tidak semua lelaki mahir dalam merancang perbelanjaan bulanan. Tidak mustahil jika dia terlebih berbelanja sebulan dua. Jika dia menghabiskan sejumlah wang untuk membelikan kamu sesuatu yang dikira berharga, janganlah mensia-siakan hadiah itu.



Pendengar yang baik
Lelaki tidak meluahkan perasaan sesama lelaki. Jika teman lelaki bersedia meminjamkan telinga untuk mendengar dan memahami masalah kamu, janganlah tidak mengendah pula apabila dia menceritakan masalahnya di kemudian hari.



Penampilan
Sang anjuna mempunyai tata gaya, cara penampilan dan sahsiah diri yang tersendiri. Jika dia tidak pernah cuba untuk mengubah imej atau menegur cara diri kamu, jangan lakukan perkara yang sama. Tegur atau bimbing dia ke arah yang kamu mahukan adalah lebih baik daripada menyuruh dia berubah drastik.



Menunggu
Kaum adam tidak kisah menunggu. Jadi janganlah pula kamu sengaja membiarkan dia menunggu kamu melakukan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak penting. Apabila perihal sebenar terbongkar, semestinya dia berkecil hati dan merasakan dirinya tidak penting.



Rendahkan ego
Rata-rata si pria tetap akan mempunyai sifat megah. Tatkala si dia sanggup merendahkan egonya semata-mata untuk menjaga hati kamu, jangan pula naik kepala dan merendah-rendahkan diri dan sifatnya itu.

Lelaki tidak 100% sempurna. Jadi kaum hawa janganlah hanya mengharapkan semua yang hebat daripada lelaki. Mereka juga manusia biasa dan mempunyai kelemahan. Tetapi apa yang diharap sebagai balasan, supaya pasangan menghargai tidak kira besar mahupun kecil pengorbanan mereka itu.

Kredit gambar: teen, fanforum, tumblr
 
Sumber : http://news.mylaunchpad.com.my/blog/article/cat/herointraining/articleid/626140/bagaimanakah-cara-lelaki-berkorban-untuk-cinta 

Comments :

0 comments to “Bagaimanakah cara lelaki berkorban untuk cinta?”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.