Meskipun dunia ligat dilanda gelombang hallyu, tempikan sinetron Sepanyol mahupun pengaruh meluas karya Hollywood, arena layar perak Bollywood tidak pernah tewas dibayangi mana-mana pengaruh dunia seni lain.
Mana tidaknya, filem-filem yang dihasilkan di Bollywood masih digemari malah mendapat permintaan yang tinggi dari seluruh dunia.
Ayuh ketahui 10 filem Bollywood yang berjaya mengutip kutipan tertinggi sepanjang tempoh tayangannya di India dan seluruh dunia.
10 - Yeh Jawaani Hai Deewani
Filem romantik komedi ini dibintangi Ranbir Kapoor dan Deepika Padukone sebagai watak utama. Mengaut kutipan 311 crore (RM178 juta) sepanjang tayangannya pada tahun 2013.
9 - Ek Tha Tiger
Ternyata gandingan Salman Khan dan Katrina Kaif pada tahun 2012 menerusi Ek Tha Tiger berjaya membawa pulang 320 crore (RM182 juta) buat pengarah Kabir Khan.
8 - Bang Bang!
Bang Bang! diadaptasi dari filem Knight and Day lakonan Tom Cruise dan Cameron Diaz. Namun Hrithik Roshan dan Katrina Kaif tetap mempersona penonton lantas mengutip 340 crore (RM193 juta) kutipan.
7 - Krrish 3
Filem ketiga dari siri filem superhero Krrish ini menemui penonton pada November 2013. Gabungan Hrithik Roshan, Vivek Oberoi dan Priyanka Chopra mengungguli pawagam sebanyak 340 crore (RM214 juta).
6 - Kick
Mendapat 377 crore (RM215 juta) sepanjang tempoh tayangan pada tahun 2014, filem Kick yang dibintangi Salman Khan dan Jacqueline Fernandez ini merupakan remake dari filem Telegu.
5 - Happy New Year
Filem Happy New Year dikeluarkan pada Oktober 2014 ini mengaut keuntungan sebanyak 383 crore (RM218 juta). Filem aksi-komedi rompakan ini menampilkan Deepika Padukone, Shah Rukh Khan dan Abhishek Bachchan sebagai teraju utama.
4 - 3 Idiots
Berlandaskan bajet yang rendah, filem 3 Idiots memperoleh keuntungan 395 crore (RM226 juta). Filem komedi drama ini membuatkan nama Aamir Khan dan Kareena Kapoor popular di serata Asia terutama di China.
3 - Chennai Express
Chennai Express memainkan elemen romantik aksi dan komedi menerusi karekter lakonan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone. Dikeluarkan pada 2013, ia mengutip 422 crore (RM240 juta) secara keseluruhan.
2 - Dhoom 3
Kesinambungan siri Dhoom diteruskan dengan filem ketiga yang dibintangi Abhishek Bachchan. Penambahan Aamir Khan dan Katrina Kaif membantu melonjakkan kutipan kepada 542 crore (RM309 juta).
1 – PK
Filem satira komedi-drama, PK mengungguli takhta dengan jumlah kutipan 649 crore (RM364 juta). Filem lakonan Aamir Khan ini mencatat sejarah apabila menjadi filem berbahasa hindi pertama yang mencapai pulangan INR 6 bilion di seluruh dunia.
Kredit gambar: wiki, digitalspy, salmankhankick, hdwallpaperscenter

Comments :
0 comments to “10 filem Bollywood dengan kutipan tertinggi”
Post a Comment