Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

'Tolong Cari Kereta BMX603 Yang Langgar Kereta Aku Jadi Teruk Camni' - Mangsa

Malang nasib beberapa pemilik kenderaan yang menjadi mangsa langgar lari sebuah kereta jenis BMW berwarna putih, nombor pendaftaran BMX603.   Dalam kejadian yang berlaku di Stesen Petronas Kobena, Skudai, salah seorang pemilik kereta yang dikenali sebagai Jul, meletakkan keretanya Perodua Axia di stesen itu seketika untuk pergi membeli aiskrim McDonalds berhampiran.  Namun Jul tidak menyangka kenderaannya menjadi mangsa langgar lari sehingga menyebabkan bahagian depan dan belakang keretanya remuk teruk. "Terjadi di Petronas Kobena. Saya baru nak beli aiskrim McD. Kereta pula dilanggar lari BMW berwarna putih, nombor pendaftaran...

Kaki Tersepit Pada Rantai Motosikal

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersepit pada rantai motosikal yang ditunggang bapanya, lapor Harian Metro. Dalam kejadian jam 5.50 petang semalam di Jalan Kelapa Bali Taman Soga Batu Pahat, Johor, mangsa, Ahmad Khalifi Mohd Khairy membonceng motosikal bapanya ketika bersiar-siar. Namun secara tidak sengaja, mangsa menjulurkan kaki menyebabkan kakinya terkena pada rantai motosikal sebelum tersepit.  Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, menerima panggilan kecemasan dari orang awam berhubung kejadian itu dan segera menghantar lima anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu...

Unik Dan kreatif! 7 Rekaan Sarat Budaya Malaysia Yang Pernah Diperagakan Di Pentas Miss Universe

Malaysia sememangnya kaya dengan adat dan budaya yang berwarna-warni. Keunikan inilah yang telah memberi ilham kepada pereka-pereka tempatan untuk menghasilkan busana kebanggaan mereka. Sentuhan mereka bukan sahaja diperagakan di dalam negara malah dengan gah dan penuh kebanggaan diperagakan di pentas antarabangsa seperti di pertandingan Miss Universe. Saban tahun muncul pereka kreatif dengan rekaan mereka yang begitu unik, kaya dengan elemen tradisional mahupun moden dan apa yang penting ia mencerminkan adat budaya negara ini. Berikut adalah busana tradisonal Malaysia yang pernah dipergarakan di pentas Miss Universe daripada tahun 2010...

7 Benda Daripada Masa Hadapan Yang Anda Boleh Gunakan Sekarang

Kebiasaannya, gajet-gajet moden yang memiliki ciri-ciri futuristik hanya wujud di dalam filem-filem fiksyen sains saja yang sebenarnya tidak sebarang fungsi melainkan digunakan untuk tujuan penggambaran filem itu saja. Namun, apa yang kita tidak tahu bahawa sebenarnya terdapat beberapa buah gajet yang berciri-ciri futuristik yang sebenarnya sudah pun berada di dalam pasaran selama ini. #1. Finger Ruler Kebanyakan orang akan menggunakan kedua-dua belah tangan mereka untuk mengukur sesuatu objek apabila tiada pita pengukur. Sekarang anda boleh menerangkan pengukuran objek apa pun dengan lebih tepat. Ciptaan hebat ini membantu untuk mengukur...

Sambut Tahun Baharu 2018 Di 10 Lokasi Terpilih

MASIH mencari lokasi untuk sambutan Tahun Baharu 2018? Sepuluh lokasi sambutan Tahun Baharu 2018 diadakan di sekitar Lembah Klang dan ia bakal memberi kenangan manis untuk dirakam bersama keluarga tersayang. Antaranya; 1.ART Printing Works di Bangsar SambutanTahun Baharu dengan 'Riuh' di sini. Turut menyediakan gerai makanan dan minuman, hiburan, traian dan sebagainya. Artis tempatan seperti Nawwar Shukriah Ali, Aleff Ahmad, Nadhir Zuhair Nozi dan Orang akan memeriahkan sambutan ini dan bermula pukul 4 petang. 2.One Space@One City Pusat gaya hidup di One Space@One City bermula pukul 6 petang Ahad! Akan berlangsung acara bunga api dan...

Selamat Tinggal Ampang Park

KUALA LUMPUR: Hanya tinggal tiga hari lagi sebelum pusat beli-belah tertua di Malaysia terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada 1 Januari ini. Tinjauan The Star di pusat beli-belah itu melihat pemburu barangan murah mengunjungi kedai-kedai yang masih terdapat di sana. Barangan seperti pakaian dan produk elektronik dijual pada harga yang terlalu rendah. Ramai pelanggan turut mengambil peluang untuk makan di restoran kegemaran mereka dan mengambil gambar terakhir di pusat beli-belah tersebut. Pusat Beli-Belah Ampang Park yang dibuka pada tahun 1973, akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) Ampang...

Zara Zya Hairan Kpop'ers' Sangat Sensitif

PELAKON Zara Zya terkilan dengan sifat sensitif tidak bertempat sesetengah golongan peminat artis Korea Selatan. Dalam kemas kini status di Instagram, Zara Zya berkata dia tidak faham mengapa dirinya 'diserang' hanya kerana bertanyakan soalan yang ringkas, 'apa istimewanya KPOP?' Tambahnya, soalan itu hanya soalan biasa yang tidak langsung mempunyai unsur sinis, sebaliknya diutarakan untuk memahami mengapa masyarakat, khususnya remaja perempuan, cukup menggilai artis-artis dari negara itu. Sebaliknya berlaku apabila dia dihambur dengan caci maki sebagai 'jawapan' kepada soalan tersebut. "Seolah-olah tak faham jawapan soalan peperiksaan....

Ringgit Malaysia Dijangka Terus Mengukuh Tahun 2018

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka akan terus mengukuh pada 2018 sehingga ke paras RM4.00 berbanding AS$1.00. Ini akan disokong sentimen Dolar AS dan pemulihan dalam harga komoditi. Menurut Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Berhad Datuk Dr Nazri Khan, Ringgit yang mengakhiri 2017 dengan kukuh akan meneruskan momentum itu tahun depan. Antara faktor lain yang akan menyokong pengukuhan ringgit termasuk pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kemasukan dana asing yang meningkat dan prestasi pasaran ekuiti yang positif. Tambahnya, jangkaan Bank Negara akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) akan membantu mengukuhkan nilai ringgit....

Sengaja Perlahankan iPhone, Apple Berdepan Sembilan Saman

Apple berdepan sembilan saman selepas mengakui bahawa syarikat itu sengaja memperlahankan peranti model iPhone lama. - Gambar fail Reuters SAN FRANCISCO: Gergasi teknologi dunia, Apple berdepan sembilan saman selepas mengakui bahawa syarikat itu sengaja memperlahankan peranti iPhone 6, iPhone 6s, iPhone SE dan iPhone 7. Lapan saman difailkan di California, New York and Illinois, dan satu di Israel. Syarikat itu mengakui, kemas kini sistem operasi iOS 11-nya mengehadkan pembekalan kuasa dari bateri kepada peranti, sekali gus memperlahankan prestasi beberapa model iPhone lama. Apple bagaimanapun menegaskan, kemas kini itu perlu bagi...

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.