Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Anda Tidak Tahu Bahawa 10 Kartun Animasi Pixar Ini Mempunyai Pengajaran Dan Makna Yang Tersirat


Kartun bukan sahaja boleh memberikan hiburan kepada penonton tetapi turut menyampaikan pengajaran dan tauladan pada masa yang sama.


Misalnya kartun animasi Pixar seperti Finding Nemo, Cars dan Wall-E, kesemua filem animasi ini telah menyelitkan beberapa kesimpulan psikologi yang mampu memberi pengajaran sekali gus mendidik penonton.


Lihat 10 filem animasi Pixar yang sungguh menghiburkan dan penuh dengan makna tersembunyi ini.


#1 Finding Dory (2016)

Kita semua adalah berbeza dan kita perlu menghormati keistimewaan yang dimiliki orang lain.


Karakter utama di dalam animasi ini adalah seekor ikan comel berwarna biru yang bernama Dory. Dory dilahirkan dengan masalah hilang ingatan tetapi mempunyai impian untuk mencari kedua ibu bapanya. Walau bagaimanapun, Dory tidak mengingati lokasi terakhir ketika dia bersama dengan keluarganya.


Dalam filem menarik ini, ibu bapa boleh menjelaskan kepada anak-anak tentang kepentingan untuk menerima individu lain seadanya.


#2 The Good Dinosaur (2015)

Persahabatan yang ikhlas sememangnya berkuasa!


Animasi ini bukan sahaja menceritakan mengenai persahabatan yang terjalin di antara seorang budak lelaki dengan dinosaur yang besar. Ia adalah tentang dunia yang dikuasai oleh alam semula jadi.


Ketakutan yang perlu Arlo si dinosaur atasi dan juga kuasa persahabatan sejati itu adalah sesuatu yang perlu kita renungkan bersama.


#3 Inside Out (2015)

Jangan takut dengan emosi anda.


Inside Out merupakan salah sebuah filem Pixar yang penuh dengan pengajaran. Karakter utamanya iaitu Riley adalah seorang gadis kecil yang sentiasa cuba untuk mengendalikan emosinya (gembira, sedih, takut, marah dan jijik).


Karakter Riley ini membolehkan kita memahami bahawa untuk berhadapan dengan pelbagai jenis emosi pada satu masa adalah satu perkara yang normal. Cuma, kita harus bijak mengawal emosi-emosi ini supaya tidak memakan diri sendiri.


#4 Brave (2012)

Ketepikan stereotaip dan jadi diri sendiri.


Brave merupakan peringatan hebat bahawa tiada siapa pun harus memenuhi jangkaan orang lain. Ibu Merida telah membuat perancangan rapi mengenai kehidupan Merida akan tetapi, bukan semua gadis perlu menjadi seorang puteri sekiranya mereka seorang yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak.


#5 Up (2009)

Masih belum terlambat untuk mengejar impian anda.


Hidup sendirian di usia tua merupakan satu perkara yang sukar dilalui oleh mana-mana individu. Setiap hari, Carl akan mengingati mendiang isterinya dan pengembaraan yang mereka idam-idamkan.


Akhirnya, Carl memutuskan untuk mengembara sendirian sambil menerbangkan rumahnya dengan ratusan belon. Akan tetapi, terdapat seorang budak lelaki yang melucukan telah membawa perubahan kepada rancangan Carl.


Filem Up ini menceritakan kepada kita bahawa kadangkala kita perlukan kisah dongeng dalam hidup tanpa mengira faktor umur.


#6 Wall-E (2008)

Kita harus memikul tanggungjawab dalam menjaga Bumi.


Animasi ini bukan hanya mengisarkan mengenai perasaan tetapi juga peranan serta tanggungjawab besar yang perlu dimainkan. Wall-E mengajar kita untuk memelihara kesejahteraan Bumi.


#7 Ratatouille (2007)

Kejar cita-cita anda walaupun mendapat kritikan daripada orang lain.


Remy si tikus ini memasang angan-angan untuk menjadi tukang masak yang hebat. Walaupun tiada siapa yang mempercayai bakatnya, Remy tetap gigih dalam mencapai matlamat hidupnya itu.


Justeru, Ratatouille mendidik para penonton bahawa walau apa jua latarbelakang kita, ianya tidak penting selagi anda mempunyai keberanian untuk mencapai cita-cita.


#8 Cars (2006)

Jangan lupakan mereka yang percayakan anda.


Lightning McQueen adalah seorang pelumba yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk memenangi setiap perlumbaan. Namun, semua itu tidak bermakna tanpa peranan yang dimainkan oleh setiap individu dalam pasukannya.


Kerjasama pasukan yang melibatkan rakan sekerja, guru, rakan-rakan dan peminat inilah yang membantu Lightning McQueen mencapai kejayaan yang hebat.


#9 Monster, Inc. (2001)

Individu yang paling menakutkan itu sebenarnya takut pada diri mereka sendiri.


Peranan yang dimainkan oleh kesemua raksasa di dalam filem ini adalah untuk menakutkan semua kanak-kanak di dunia. Namun, ketakutan adalah senjata yang paling lemah dan tidak wajar diaplikasikan dalam masyarakat.


Sebaliknya, kesefahaman bersama, saling hormat-menghormati dan kebajikan adalah kuasa yang jauh lebih hebat berbanding ketakutan.


#10 Toy Story (1995)

Masa berlalu tetapi persahabatan sejati dan kesetian akan kekal selamanya.


Kisah mengagumkan mengenai permainan yang mempunyai kehidupan tersendiri apabila tiada manusia yang melihatnya.


Menariknya, permainan-permainan ini turut mengalami pelbagai emosi seperti cemburu, persahabatan dan kasih sayang. Hal ini menunjukkan bahawa permainan juga seperti manusia, mahu disayangi dan dikasihi.


Sumber - Era Baru

Comments :

0 comments to “Anda Tidak Tahu Bahawa 10 Kartun Animasi Pixar Ini Mempunyai Pengajaran Dan Makna Yang Tersirat”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.