Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Ibu Bunuh Diri Selepas Cekik Anak Sampai Mati



JOHOR BAHRU: Seorang wanita mencekik anak perempuannya berusia 10 tahun hingga mati sebelum menggantung diri di sebuah bilik di rumahnya di Taman Indah Heights Dua, Skudai, Johor, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam tujuh malam itu, mayat wanita berkenaan, J Sumanthi, 45, ditemui tergantung di sebuah bilik gimnasium manakala anak perempuannya ditemui di bahagian atas rumah.


Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitendan Beh Eng Lai dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian, dua lagi anaknya yang berusia 16 dan 19 tahun tiada di rumah yang keluar membeli kelengkapan sekolah di sebuah pusat beli belah di Tampoi. Katanya, anak mangsa cuba menghubungi ibunya beberapa kali pada jam 7 malam tetapi panggilan mereka tidak dijawab.


“Suami mangsa bertindak mengambil kedua-dua anaknya dari pusat beli belah dan apabila tiba di rumah mereka mendapati pintu rumah berkunci dan beliau (suami membuka dengan menggunakan kunci pendua. “Beliau menemui isterinya dalam keadaan tergantung di bilik gimnasium di tingkat bawah rumah sebelum bergegas mencari anak bongsunya yang ditemui di tingkat atas dalam keadaan tidak sedar diri dan mempunyai kesan cekik,” katanya.


Eng Lai berkata, ambulans dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru tiba ke lokasi dan pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan maut tiga jam sebelum mayatnya ditemui. Bagaimanapun, katanya siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah terhadap mayat wanita berkenaan.


Menurutnya lagi, wanita berkenaan merupakan pesakit kanser tahap empat yang sering mengadu sakit serta pernah memberitahu tidak mahu hidup lagi. Kedua-dua mayat dihantar ke HSA untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, akibat mati mengejut.


Sumber : Awani

Comments :

0 comments to “Ibu Bunuh Diri Selepas Cekik Anak Sampai Mati”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.