Alangkah biadab dan kurang ajar segelintir individu yang dikesan memperlekehkan teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani, yang menegur adalah haram umat Islam turut serta dalam aksi berkabung dengan lilin bagi memperingati kematian Jong-hyun.
Viral meluas di media sosial, seorang wanita yang menggunakan nama Ikster, memperlekehkan teguran itu dengan kata-kata kesat sehingga menimbulkan kemarahan netizen.
"People who can't respect others grieving can f**k the f**k off. They grieve for people who had positive impact on their lives, if not hey wouldn't have felt the loss," tulisnya di Twitter.
Tindakan wanita itu dianggap biadab dan tidak wajar kerana Mufti Perak hanya memberi teguran yang mudah difahami.
"Boleh dia suruh mufti f**k off. Ish.. ish.. bertenang wahai anak muda." - Matryoshka
"Haram berkabung dengan lilin, bukannya haram berkabung langsung. Diorang tak faham ke?" - Thaza Kun
"Aku diam je pasal issue ni tapi bila dah 'f**k off' mufti, dah lebihlah budak ni. Doa aku satu je, jangan sampai dilaknat Allah ye dik." - Fazni
"Haih, sebab seekor KPop yang cetek akal rosak berekor-ekor KPoper dekat Malaysia ni. I also a KPopers guys, but think this girl is too much. Kita doa saja yang baik-baik untuk dia buka mata. Nak bersedih boleh tapi janganlah sampai join aktiviti berkabung tu." - Tyka
"Payah jenis bertuhankan KPop. Orang lain pun ada benda dia minat tapi takde la sampai taksub macam ni." - Prince Khai
Video majlis kenduri arwah artis kpop yang berlangsung dekat KL malam tadi.
.
Video majlis kenduri arwah artis kpop yang berlangsung dekat KL malam tadi.
— Amran Fans (@_AmranFans) December 23, 2017
.
Berdekah sial. Siap cakap dalam bahasa Korea. Kahkahkah http://pic.twitter.com/SXHCqMBi6s
"Sampai mufti pun dihentam. Istighfarlah kak, jangan fanatik sangat. Bukan idola kau bawa masuk kau ke syurga pun. Lagi dia hook kau dari dalam neraka ajak join dia." - Jjam
Bagaimanapun, bukanlah semua peminat KPop berperangai seperti ini. Apa pun yang kita minat atau suka, usahlah bertindak melampau batas. Bersederhanalah dalam apa jua yang kita lakukan. Semoga wanita berkenaan dibukakan pintu hati untuk menerima teguran dan menarik balik kata-katanya.
Sumber - TheReporter
Comments :
0 comments to “Biadab! Netizen Selar Peminat Fanatik K-Pop Perlekeh Teguran Mufti Perak”
Post a Comment