Dark Peak adalah sebuah kawasan tanah tinggi berdekatan Peak District di England, yang mempunyai landskap menarik suatu ketika dahulu.
Namun, segala-galanya berubah pada tahun 1930an apabila kawasan ini mula dihujani pesawat yang jatuh terhempas.
Sejak itu juga, Dark Peak mula dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri yang dikaitkan sebagai kawasan berhantu, makhluk asing dan menjadi tumpuan pengkaji paranormal.
Penduduk tempatan sering melihat bayangan pesawat yang terbang rendah seakan mahu terhempas sebelum hilang sekelip mata.
Salah satu darinya adalah bayangan pesawat Douglas Dakota yang pernah terhempas lebih 70 tahun yang lalu.
Namun, 'roh' pesawat itu dikatakan sering muncul berlegar-legar di kawasan tersebut. Terbangnya terlalu rendah bagai akan melanggar orang awam, sebelum menghilang sekelip mata.
Sudah acap kali bayangan pesawat dilihat dikawasan ini seakan mahu terhempas sehingga penduduk membuat panggilan kecemasan.
Namun, apabila pasukan keselamatan tiba, langsung tiada kesan kemalangan dan ia meninggalkan tanda-tanya tentang keberadaan pesawat yang dilihat sebelum itu.
Kini, Dark Peak menjadi sebuah dataran luas dan kering, dipenuhi dengan serpihan pesawat yang pernah terhempas di sini.
Antaranya termasuklah pesawat terkenal Wellington Bomber, B-29 Bomber, Dakota Douglas dan Lancester.
Kebanyakan pesawat yang terhempas berlaku sebelum, semasa dan selepas Perang Dunia ke 2.
Punca pesawat-pesawat yang terhempas semasa melintasi kawasan ini masih menjadi misteri. Atas sebab itu juga, kawasan ini turut digelar sebagai United Kingdom's Bermuda Triangle.
Sekurang-kurangnya 50 buah pesawat pernah terhempas disini yang mengorbankan lebih 300 nyawa.
Dikatakan juga, kejadian pesawat terhempas masih berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.
Semoga memberi manfaat.
Sumber - Sentiasa Panas
Comments :
0 comments to “Misteri Segi Tiga Bermuda Dark Peak Di London”
Post a Comment