Baru-baru ini secara rasminya Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan platform elektronik untuk sistem Central Credit Reference Information System (CCRIS). Platform ini dikenali sebagai eCCRIS. Sisitem elektronik ini diwujudkan bagi memudahkan para pengguna mendapatkan data tentang segala hutang pengguna dengan pihak bank.
Dengan wujudnya platform elektronik CCRIS ini, anda sebagai peminjam akan lebih mudah untuk menyemak rekod pembayaran anda dengan semua institusi kewangan yang anda pernah lakukan pinjaman termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Seperti semua maklum, CCRIS adalah sistem dimana tersimpan semua rekod pinjaman secara peribadi dan daripada CCRIS ini juga pihak bank merujuk untuk meluluskan permohonan pinjaman anda yang baru.
Seorang pengguna Facebook telah berkongsi cara untuk mendaftar eCCRIS ini di BNM. Beliau yang dikenali sebagai Harith Faisal telah memuat naik beberapa keping gambar cara mendaftar menggunakan Kiosk CCRIS yang terdapat di Bank Negara Malaysia. Jom ikuti perkongsian yang bermanfaat ini dan boleh lah kita mendaftar dengan segera.
eCCRIS baru dilancarkan!! Hari ni, saya dan kawan-kawan excited sangat pergi ke BNM sebab nak daftar untuk kali pertama. Ya, hanya sekali saja perlu ke sana, lepas ni kami boleh dapatkan laporan CCRIS kami dari rumah. Asalkan ada internet.
Nah saya dah sediakan tutorial untuk daftar eCCRIS kat BNM dan dapatkan laporan CCRIS secara percuma dari rumah. Kita kena selalu bersyukur, hidup kita makin mudah. Buat korang yang masih belum kenal CCRIS, saya nak cerita sikit ni.
Laporan CCRIS ni dia kumpulkan rekod bayaran bulanan untuk 12 bulan terkini kesemua hutang kau dengan bank. Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor 0, 0, 0, 0, 0. Maksudnya, kau takda apa-apa tunggakan. Semua bayar cantik.
Kalau muncul angka 1 tu maksudnya kau ada sebulan tertunggak bayaran bulanan. Ada juga yang sampai muncul angka 36 tau. Maksudnya dah 3 tahun tak bayar hutang, biasanya PTPTN-lah. Ramai orang buat-buat hilang ingatan. Haha!
Jom saya tunjukkan cara semak CCRIS secara online iaitu eCCRIS. Mudah, percuma, pantas dan selamat dunia akhirat. Penerangan ada kat setiap gambar.
1. Bila-bila kau ada masa lapang, kau pergilah bersiar-siar ke kiosk CCRIS kat BNM. BNM tu apa? Bank Negara Malaysia-lah. Datang hari bekerja daripada pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang. Ni alamatnya,
BNMLINK Jabatan LINK & Pejabat Wilayah Tingkat Bawah, Blok D Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur
2. Bila dah sampai depan kiosk tu, kau kena pilih bahasa apa yang kau nak. Bahasa Malaysia atau English. Nak bahasa lain, kau kena pergi negara lain. Okay tak lawak.
3. Klik eCCRIS.
4. Klik "Daftar Pengguna" segera. Tak payah nak fikir lama-lama sangat. Bukannya kau tengah jawab soalan sejarah SPM pun.
5. Kemudian, kau kena masukkan kad pengenalan dan sediakan jari kau untuk pengesahan biometrik.
6. Dia akan minta nombor telefon bimbit kau. Senang cerita, masukkan nombor telefon yang ada kat kau waktu tu. Klik "Teruskan".
7. Semak balik info kau. Bila dah yakin semua betul, bolehlah klik "Sahkan" dengan penuh keyakinan.
8. Kau akan dapat PIN 6 digit kat nombor telefon yang kau daftarkan tadi di smartfon kau yang mahal tu.
9. Kemudian, masuk ke link ni http://ift.tt/2kXcMjh. Hah! Macam inilah rupa website dia. Kau klik "First Time Login".
10. Nationality pilih "Malaysia". ID Number letak nombor kad pengenalan tanpa simbol. PIN kau masukkan ikut PIN yang kau dapat tadi tu.
11. Kemudian, kau kena daftar User ID, kata laluan, security question, security image. Kata laluan tu tersangatlah penting. Ingat baik-baik. Jangan main hentam saja.
12. Dah selesai. Kau dah boleh buka semula linkhttps://eccris.bnm.gov.my/ dan masukkan User ID dengan kata laluan.
13. Nak dapatkan eCCRIS kau macam ni. Klik "Enquiry" kat tab atas tu dan pilih "Self Enquiry".
14. Kau kena baca "Disclaimer" yang terpapar kat situ kemudian tick "I agree" dan klik "Report Enquiry". Lepas tu, kau akan dapat tengok kau punya laporan CCRIS tu.
15. Siap, Jadi lepas ni kau tak payah nak peluh ketiak pergi Bank Negara. Tak payah bayar tol, tak payah bayar petrol, tak payah bayar parking, tak payah naik LRT atau KTM. Hanya gerakkan jari jemari saja. Dahlah FREE pula tu.
Sumber: Harith Faisal
Comments :
0 comments to “BNM Lancar eCCRIS, Sudah Boleh Cetak Laporan Dari Rumah Secara Percuma & Lelaki Ini Ajar Langkah Demi Langkah Untuk Daftar”
Post a Comment