Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Syurga Yang Kedua - Poligami Itu Indah



KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sering dipandang serong oleh masyarakat, syarikat produksi Orangtree Production tampil mempertaruhkan drama Syurga Yang Kedua dalam memartabatkan hidup berpoligami yang menjadi mimpi ngeri kebanyakan wanita bergelar isteri.


Membariskan pelakon hebat seperti Zarul Husin, Elizad Sharifuddin dan Fasha Sandha, drama yang bakal disiarkan di Astro Prima dan Astro Maya HD bermula 12 Disember ini diharap dapat menterjemahkan sebaik mungkin betapa manisnya hidup bermadu. Penerajunya, Zarul ketika ditemui Utusan Online berkata, drama berkenaan memaparkan nilai-nilai positif dalam melayari bahtera suami isteri.


“Meskipun bermadu, tidak semestinya pengalaman yang dilalui oleh golongan tersebut pahit untuk ditelan. Sebaliknya, ada bahagiannya yang cukup manis untuk dirasai dan dinikmati bersama-sama. “Dengan curahan kasih sayang secukupnya, ditambah pula sikap suami yang mengamalkan keadilan sebaik-baiknya, insya-Allah kehidupan berpoligami akan dipermudahkan,” katanya.


Membawakan watak Danial, bekas vokalis kumpulan Umbrella itu mengakui, pembabitannya dalam drama berkenaan menuntut komitmen yang tinggi. Menurutnya, karakter seorang lelaki yang memiliki dua isteri tidak sama seperti suami lain yang cuma mempunyai seorang isteri.


“Secara tidak langsung, watak ini amat berat untuk digalas. Mujur, saya menyertai kelas lakonan anjuran Ellie Suriati yang membantu dari teknik lakonan supaya nampak lebih realistik,” tambahnya. Hasil bimbingan dan didikan yang diberikan pelakon versatil tersebut, Zarul dapat mencari keserasian dengan segera, malah selesa membawakan watak itu, walhal pada peringkat awal dia ragu-ragu untuk menerima tawaran.


Sumber : Utusan

Comments :

0 comments to “Syurga Yang Kedua - Poligami Itu Indah”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.