Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Iqram Dinzly - Jangan Kecam, Doakanlah Yang Baik-Baik, Jelas Zulin Aziz



PELAKON dan pengacara, Zulin Aziz, meminta netizen agar lebih sensitif terhadap situasi yang dilalui rakan pelakon, Iqram Dinzly. Kata Zulin, dia tidak faham dengan tindakan sesetengah netizen yang kononnya tidak suka dengan perilaku Iqram, tetapi tidak kisah untuk menghabiskan masa menonton sesi Instagram live yang dibuat pelakon itu.


Perkara itu, ujar Zulin, mungkin akan membuatkan Iqram semakin tertekan. "Saya tak faham golongan yang menonton Instagram live Iqram tapi hanya untuk maki dia. Kalau bertambah tekanan dia nanti macam mana?


"Kasihan dia. Doakanlah yang baik-baik untuk dia," tulis Zulin di Twitter. Tambah Zulin, Iqram yang dikenalinya, seorang individu yang baik malah cukup menjaga hubungan dengan Allah.


"Iqram ni solat tak pernah tinggal. Kalau lepak dengan dia di pusat beli belah, mesti dia akan cari surau. Datang rumah terbuka pun dia akan minta izin untuk tumpang solat," kata Zulin. Iqram, sejak kebelakangan ini menjadi topik perbualan, khususnya di laman sosial, selepas kerap kali memuat naik gambar dan status pelik.


Situasi itu dikatakan bermula selepas kematian bapanya beberapa bulan lalu, di mana Iqram telah memuat naik gambar di kubur selepas upacara pengebumian. Ia menerima kritikan netizen malah ada yang tidak teragak-agak melabel Iqram dengan gelaran yang tidak sopan.


Sumber : Awani

Comments :

0 comments to “Iqram Dinzly - Jangan Kecam, Doakanlah Yang Baik-Baik, Jelas Zulin Aziz”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.