Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tebatan Banjir Sepanjang 30km Di Rantau Panjang Bermula Tahun Depan



RANTAU PANJANG 24 Dis. - Projek tebatan banjir di Sungai Golok, di sini untuk fasa pertama sepanjang 30 kilometer (km) dijadualkan bermula pada tahun depan.


Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin berkata, kerja-kerja dokumentasi dan urusan berkaitan tender sudah bermula sejak Jun lalu. ”Projek tebatan banjir Sungai Golok membabitkan jarak sejauh 90 km akan dijalankan secara tiga fasa.


“Fasa pertama membabitkan kos berjumlah RM300 juta. Dengan siapnya projek tebatan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah banjir di kawasan Rantau Panjang," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Kelab Warisan Anak Muda Perintis Intelektual Semalaysia (Waris) Peringkat Negeri Kelantan di Lubok Jong, di sini hari ini. Yang turut hadir, Presiden Persatuan Bekas Anak Kakitangan Kemas Malaysia (Pbakm) Datuk Melati Ali.


Sumber : Utusan

Comments :

0 comments to “Tebatan Banjir Sepanjang 30km Di Rantau Panjang Bermula Tahun Depan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.