PERNAHKAH anda terfikir untuk mengubah suai kereta anda kepada sesuatu yang berlainan mengikut identiti profesion anda?
Ini yang terjadi apabila seorang pendandan rambut di Itali yang menghiasi keretanya menggunakan rambut.
Kejadian pelik itu turut disahkan oleh Guinness World Records.
Menurut Maria Lucia Mugno, beliau meluangkan masa selama 150 jam untuk menghias kereta jenis Fiat 500 dengan rambut yang diimport dari India seberat 120 kilogram.
“Ia bermula dengan satu cabaran semasa saya sedang bekerja. Rakan yang mencabar saya sangat terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa apabila semuanya telah terbukti.
“Orang sekeliling mengganggapnya sebagai sesuatu yang pelik terutamanya apabila saya menjaga dan mencuci kereta itu seakan-akan rambut sendiri,” katanya seperti yang dipetik oleh portal Huffingtonpost.
Walaupun kereta itu dihias dengan rambut, namun ia masih sah di sisi undang-undang kerana enjinnya dikekalkan dalam keadaan sedia kala.
Sumber - Astroawani
Comments :
0 comments to “Aneh Tapi Unik! Pendandan Sahut Cabaran Hias Kereta Dengan Rambut”
Post a Comment