Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Inilah Wanita Pertama Yang Menjelalajah ke Semua Negara Di Muka Bumi


Seorang pengembara wanita muda telah berjaya memecahkan rekod dunia apabila menjadi individu pertama yang menjelajah ke semua 196 negara di atas muka bumi dalam tempoh hanya 18 bulan dan 26 hari.


Cassie De Pecol, 27, yang berasal dari Washington, Connecticut, memulakan perjalanannya pada bulan Julai, 2015 dan telah berjaya menamatkan misi epiknya ke semua 196 negara yang diiktiraf termasuk Korea Utara, Taiwan, Kosovo dan Palestine. Beliau telah dinobat sebagai wanita pertama yang berjaya menjelajahi ke semua negara juga sebagai individu terpantas berjaya melakukannya.


Sehingga Februari 2017, Cassie telah berjaya memecahkan Rekod Dunia Guiness dengan projek beliau ini yang dinamakan Expedition 196 - dengan mencatatkan segala-galanya di media sosial yang memiliki hampir 460 ribu pengikut.


Cassie, yang telah melakukan aktiviti penjelajahan sejak tahun 2010, menganggap dirinya sendiri sebagai penjelajah dunia, peneroka, aktivis alam sekitar, pembela hak wanita, dan juga aktivis keamanan, pendidik, atlet dan usahawanita.


Beliau meletakkan jawatan dari pekerjaan korporatnya yang tidak 'memuaskan' pada tahun 2012 dan memulakan jelajahnya sejak bulan Julai 2015. Pada mulanya beliau cuma menggunakan wang simpanan sendiri namun setelah dikenali ramai, Cassie berjaya mendapat penaja untuk ekspedisi beliau.


Dengan semangatnya yang tinggi dalam pengembaraan, bekas penuntut Pengajian Global ini mula merancang ekspedisi 'sekali dalam seumur hidup' ini pada hari lahirnya yang ke-25. Idea ini datang secara tiba-tiba kerana mengenangkan usianya yang semakin meningkat dan bagi beliau, belum ada apa-apa lagi pencapaian yang berjaya dilakukan dalam hidup.


Beliau menjelaskan "Sejak zaman persekolahan lagi saya mempunyai keinginan untuk melawat ke semua negara di seluruh dunia, tertarik untuk mempelajari tentang semua budaya, habitat semula jadi, dan juga agama yang ada di seluruh pelusuk dunia".


"Boleh dikatakan saya sangat beruntung kerana di Amerika, memiliki pelbagai budaya yang unik dan juga orang-orang dari seluruh dunia yang menjadikan negara ini sebagaimana yang dapat dilihat pada hari ini. Saya mahu belajar tentang dari mana asalnya orang-orang ini, dengan lebih jelas, dari mana asalnya saya, pendek kata, saya mahu belajar tentang kehidupan dan manusia itu sendiri" jelasnya lagi.


"Saya tertanya-tanya apakah yang ada di luar Amerika Utara dan bagaimanakah keadaannya di sana. Adalah Timur Tengah benar seperti yang sentiasa diperkatakan dalam berita? Bagaimana pula dengan Amazon?"


"Bagi saya, dengan melawat ke semua negara adalah misi peribadi untuk belajar sebanyak yang mungkin tentang dunia kita, keluar dari zon selesa dan berasa selesa di tempat yang tidak dikenali sambil mensasarkan untuk menjadi tauladan kepada generasi seterusnya".


Cassie dianggarkan telah membelanjakan lebih daripada $198,000 (hampir RM800,000) dalam usaha untuk memecahkan rekod, walaupun beliau mengakui banyak penaja yang tampil membantu meringankan beban perbelanjaanya.


Diantara cara Cassie menarik minat penaja untuk menaja adalah dengan cara mempromosikan hotel yang terkemuka, seperti Six Senses, Soneva dan Secret Bay, kepada lebih 460,000 pengikutnya di Instagram. Hebat bukan? Penginapan percuma pada masa sama boleh melancong dengan gembira.


"Semua tajaan dan biayaan awal ekspedisi ditanggung oleh saya. Sebelum berjaya mendapat penaja, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya. Agak memeritkan juga" Jelas Cassie.


Sebagai aktivis keamanan yang bergiat aktif, sebahagian daripada aktiviti Cassie sepanjang perjalanannya adalah melibatkan diri dalam pertemuan dengan pelajar pelancongan di universiti-universiti untuk membincangkan tentang tanggungjawab dalam ekonomi dan pelancongan.


Secara purata, beliau menghabiskan 2 hingga 7 hari di setiap negara.


Anda boleh lawati laman Instagramnya untuk melihat lebih banyak gambar-gambar menarik sepanjang pengembaraannya di sini.


Kesimpulannya, pengalaman beliau boleh dijadikan ikutan bagi anda yang suka travel pada masa sama ingin travel secara percuma dengan meraih peminat di laman sosial untuk mendapatkan penaja.


Sumber - Iluminasi

Comments :

0 comments to “Inilah Wanita Pertama Yang Menjelalajah ke Semua Negara Di Muka Bumi”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.