Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Netizen Selar Ibu Bongkak Yang Sanggup Bahayakan Dua Anaknya



"Tak sangka orang yang tak ada anak lagi cerdik dari mak pak orang dalam kes ini," demikian antara reaksi netizen yang kesal dengan tindakan pasangan suami isteri yang sanggup mengambil risiko yang mendatangkan bahaya terhadap anak mereka.


Perkongsian dari seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama F.H mengenai sikap tidak bertanggungjawab pasangan suami isteri yang sanggup meninggalkan dua anak mereka bersendiri di meja tanpa pengawasan, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.


Menurut F.H, pasangan berkenaan sibuk memesan makanan di kaunter, sementara dua orang anaknya berada di meja makan, terdedah kepada pelbagai ancaman dan berisiko tinggi untuk diculik.


 

"Saya baru habis makan, nak pergi basuh tangan. Tiba-tiba ternampak ada dua kanak-kanak ini dibiarkan begini saja di meja makan tanpa orang dewasa.


 

"Rupa-rupanya mak pak dua-dua kalut pergi order makanan di kaunter," tulisnya di Facebook.


  

Bimbang dengan keselamatan dua anak kecil itu, F.H mengambil keputusan untuk menunggu ibu bapa mereka kembali ke meja.


 

"Daripada dok kalut nak gerak pergi kelas, aku terpaksa menunggu sehingga mak bapak depa datang. Di mall macam ni bahaya woi tinggalkan budak-budak macam ini saja.


 

"Masa nak balik, aku cakap dekat mak dia, 'Kak, sorry eh. Tapi bahaya kak tinggalkan anak macam ni ja,'. Tetapi jawapan balas yang saya terima sangat mengejutkan.


 

"Awak dah kahwin ke nak tegur orang macam ni? Dah ada anak?"


"Ya tuhaaannnn!" katanya yang bagaikan tidak percaya dengan sikap tidak bertanggungjawab si ibu berkenaan.



Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pasangan terbabit dan tidak bersyukur F.H yang prihatin sanggup menunggu dan memastikan anak-anak mereka selamat.


 

"Memang kalau nak order kena pergi beramai-ramai tinggalkan anak di meja terkontang-kanting eh? Tak ada phone nak snap menu dan hantar di WhatsApp eh? Memang kena dok depan kaunter baru boleh buat keputusan eh?


"Ayat bongkak 'dah kahwin? dah ada anak ke nak tegur macam ni?'. Kalau anak kau hilang nanti, kau juga yang akan merayu-rayu dalam TV dan buat muka monyet." - Loveshak


"LOL, dia pesan bahaya tinggalkan anak seorang-seorang begini. Betullah tu, banyak dah kes budak kena culik depan mata. Bukan dia ajar mak tu macam mana nak mendidik anak. Ya ampun, kenapa ramai sangat manusia bodoh sekarang ni." - Jane Dungg



"Kalau aku, aku jawab je, 'Dah ada anak kak. Tapi itulah dulu saya buat anak saya macam ni juga. Sekali bila balik ke meja, anak saya tercekik sudu garfu'. Asal jadi pengajaran." - Aisyah 


Sumber -TheReporter

Comments :

0 comments to “Netizen Selar Ibu Bongkak Yang Sanggup Bahayakan Dua Anaknya”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.