Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

PBB Isytihar Pengiktirafan Trump Tidak Sah Dan Terbatal: 128 Menyokong Resolusi Meskipun Diugut Oleh AS



NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) isytihar keputusan Amerika Syarikat (AS) iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal.


Dalam satu pengundian, 128 negara menolak keputusan AS itu, dengan sembilan lagi negara menyokong. 35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.


Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.


Terdahulu, sebelum pengundian 193 negara itu, AS menerusi dutanya ke PBB, Nikki Haley mengulangi ancaman Presiden Donald Trump untuk memotong bantuan kewangan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan.


Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas rancangan Washington memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.


Sumber : Awani

Comments :

0 comments to “PBB Isytihar Pengiktirafan Trump Tidak Sah Dan Terbatal: 128 Menyokong Resolusi Meskipun Diugut Oleh AS”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.