Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Lelaki Nekad Bunuh Diri Selepas Isteri Minta Cerai



Seorang lelaki ditemui mati tergantung selepas isterinya meminta diceraikan selepas pasangan itu berselisihan faham.


Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Surau Pendek, Kota Bharu, semalam, lelaki berusia 28 tahun itu berselisihan faham dengan isterinya berusia 20-an, berikutan masalah keluarga.


Kecewa dengan tindakan si isteri meminta diceraikan. lelaki terbabit bertindak menggantung dirinya dengan tali nilon yang diikat pada sebatang kayu di kawasan berdekatan dengan rumahnya.


 

Mayat mangsa ditemui salah seorang saudaranya pada jam 7.20 pagi semalam berdekatan dengan rumahnya yang didiami bersama isteri, anak perempuan berusia setahun, ibu mentua dan empat adik ipar.


 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan terus menghantar anggotanya ke tempat kejadian dan menemui mangsa telah meninggal dunia.


 

Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa cedera di bahagian leher dipercayai kesan ikatan tali dan tiada kecederaan lain.


"Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat, sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.


 

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


Sumber - TheReporter

Comments :

0 comments to “Lelaki Nekad Bunuh Diri Selepas Isteri Minta Cerai”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.