Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Penyanyi Indah Ruhaila Bernikah Hari Ini, 24 Disember



KUALA LUMPUR : Dalam diam-diam bercinta bersama pasangan yang dirahsiakan, penyanyi Indah Ruhaila akhirnya bakal menamatkan zaman solonya pada Ahad, 24 Disember ini.


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 30 tahun, menerusi pesanan ringkas Whatsapp, majlis itu akan diadakan secara tertutup. “Saya Indah Ruhaila, ingin mengumumkan bahawa saya akan melansungkan pernikahan pada 24 Disember ini.


"Terlebih dahulu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media yang cukup saya sayangi kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja.


"Saya ingin menjelaskan, bukan niat saya untuk merahsiakan tentang pernikahan ini tetapi demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak,” ujar bekas peserta AF Megastar itu.


Memetik laporan portal Sinar Harian, identiti jejaka yang bakal dinikahinya hanya akan didedahkan sejurus selepas mereka diijabkabulkan. Tambah Indah, pihaknya akan memberi kenyataan rasmi beserta gambar selepas majlis perkahwinanya.


Terdahulu, Indah telah putus tali pertunangan bersama 'Mr. R' Jun lalu selepas empat tahun mereka bertunang.


Sumber : Awani

Comments :

0 comments to “Penyanyi Indah Ruhaila Bernikah Hari Ini, 24 Disember”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.