Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Pemandu Teksi Mengembalikan RM 65,361 Kepada Pesara Selepas Menyedari Lelaki Tua Itu Sebenarnya Telah Ditipu!


Orang tua sering menjadi mangsa penipuan kerana tidak ramai antara mereka yang benar-benar peka dengan keadaan sekeliling yang berbahaya. Mereka tidak terdedah dengan pelbagai berita jenayah dan penipuan yang ada di media elektronik. Mereka hanya mendapat berita melalui pembacaan surat khabar dan di televisyen.


Sebuah kes penipuan melibatkan seorang lelaki tua, Barry Stone telah berlaku di Marlow, sebuah bandar kecil di luar London menyebabkan seorang lelaki tua harus mengosongkan akaun simpanannya.


Barry Stone menerima panggilan telefon daripada Scotland Yard yang dikatakan sedang menyiasat sebuah kes berkaitan dengan “penipuan bank.”


Penipu itu mengarahkan Barry untuk mengeluarkan semua wang dari akaun banknya dan menghantar wang kepada mereka. Mereka mengatakan mereka mahu memeriksa cap jari yang ada pada duit tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan penipuan yang berlaku di bank. Cap jari itu konon-kononnya adalah cap jari pesalah yang mereka sedang cari.


Dia diberitahu untuk meletakkan wang itu di dalam kotak dan meletaknya ke dalam sebuah teksi dan teksi itu akan membawa wang itu ke London. Sekiranya pemandu teksi itu bertanya akan apa yang ada di dalam kotak itu, dia perlu mengatakan bahawa ia losyen pencukur untuk anak lelakinya.


“Saya tidak boleh tidur selepas itu dan saya tidak boleh makan apa-apa, wang itu terlalu banyak,” kata Barry kepada Daily Mail.


Walau bagaimanapun, dia hanya mengikuti semua arahan yang diberikan kepadanya kerana tidak mahu timbul apa-apa masalah. Tetapi wang sebanyak £ 12,000 (RM 65,361.00) bukanlah jumlah yang sedikit dan dia tidak memiliki wang simpanan lain selain yang itu. Jadi, dia tidak boleh kehilangan semua wang itu.


Barry memasukkan wang itu ke dalam kotak dan cuba menyerahkannya kepada pemandu teksi Izy Rashid, sebelum pemandu itu akhirnya mengesan bahawa lelaki tua itu sedang ditipu.


Apabila pemandu teksi tiba, Barry memberitahu pemandu teksi Izy Rashid akan apa yang berlaku. Rashid dengan serta-merta mengesan bahawa semua itu adalah sebuah penipuan dan dia segera mengembalikan kotak itu. Kedua-duanya kemudian menghubungi polis dengan serta-merta.


Polis menjelaskan bahawa penipuan seperti ini adalah biasa berlaku dan penipu biasanya akan menjadikan orang tua sebagai mangsa.


Selepas membuat laporan, dua pegawai tadi membawa Barry kembali ke bank untuk mendepositkan semula wang tersebut ke akaun banknya.


Rashid megembalikan semula wang Barry dan orang tua itu berkata dia “sangat, sangat lega.”


Barry adalah seorang pembuat kabinet yang telah bersara dan menjalani hidup dengan menggunakan wang simpanannya. Dia hidup bersendirian selepas isterinya meninggal dunia 12 tahun yang lalu.


Dia mengakui bahawa ada sesuatu yang mencurigakan mengenai penipuan itu, tetapi tidak menganggap bahawa semua itu adalah sebuah penipuan yang sebenar.


Barry tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Rashid dan menggambarkannya sebagai “lelaki yang hebat.” Dia juga memberitahu bahawa kedua-dua mereka kini adalah sahabat baik.


Sumber - Era Baru

Comments :

0 comments to “Pemandu Teksi Mengembalikan RM 65,361 Kepada Pesara Selepas Menyedari Lelaki Tua Itu Sebenarnya Telah Ditipu!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.