Kuala Lumpur 12 Dis. - Tiga individu termasuk seorang wanita cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Saujana Impian, Kajang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, kemalangan kira-kira 8 pagi itu melibatkan lima kereta dan dua motosikal.
“Akibat kemalangan ini, seorang pemandu kereta lelaki patah tiga jari kanan dan seorang penumpang kereta wanita mengalami kecederaan kepala.
“Sementara itu, seorang lelaki yang menunggang motosikal parah dengan kecederaan retak tulang paha kanan dan patah tulang rusuk. Kesemua mangsa dihantar Hospital Kajang untuk dirawat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Berita lanjut akan disiarkan dalam masa terdekat.
Sumber : Utusan
Comments :
0 comments to “Kemalangan Teruk Di Kajang Melibatkan 7 Kenderaan”
Post a Comment