Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Masalah Kecelaruan Jantina Boleh Dipulihkan



Golongan yang berperwatakan dan mempunyai perilaku berlainan daripada jantina asal seperti mak nyah dan pengkid perlu didekati dan dibantu melalui rawatan dan sesi kaunseling. Menurut Ketua Seksyen Psikoterapi dan Intervensi Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani, pemulihan dan rawatan perlu dilakukan memandangkan isu yang dikaitkan amalan songsang ini berlaku disebabkan pelbagai faktor yang tidak ditangani awal.


“Kewujudan golongan ini amat membimbangkan ramai pihak dan boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat sekiranya dibiarkan tanpa usaha untuk membetulkannya. “Walaupun segelintir daripada mereka mungkin menganggapnya sukar untuk berubah namun, kaedah kaunseling, psikoterapi dan intervensi boleh membantu bagi mengenali siapa diri mereka yang sebenar, sekali gus menangani perasaan konflik dalaman yang dihadapi.


“Pendekatan ini perlu digunakan supaya mereka dapat kembali ke jalan yang betul dan fitrah manusia sebenar,” katanya. Jelasnya, biasanya golongan mak nyah atau pengkid dipengaruhi faktor persekitaran, menyebabkan mereka cenderung untuk berpenampilan dan berkelakuan berbeza dengan jantina asal mereka.


Dalam pada itu, amalan songsang ini sering dikaitkan dengan kecelaruan identiti jantina merujuk kepada ketidakselesaan berterusan yang dialami individu berhubung jantina mereka dan kemahuan untuk menjadi jantina sebaliknya. Golongan ini cenderung mengubah ciri fizikal mereka dengan cara mendapatkan hormon atau pembedahan untuk kelihatan seperti wanita atau lelaki yang sepadan dengan jantina berlawanan.


Sumber : Utusan

Comments :

0 comments to “Masalah Kecelaruan Jantina Boleh Dipulihkan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.