Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Netanyahu enggan peduli OIC


BAITULMUQADDIS –Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menyatakan bahawa beliau ‘tidak ambil peduli’ dengan kenyataan pemimpin-pemimpin negara Islam mengenai Baitulmuqaddis selepas mereka menggesa masyarakat dunia untuk mengiktiraf kawasan timur bandar itu sebagai ibu negara Palestin.


“Kami tidak kisah dengan semua kenyataan itu,” kata Netanyahu dalam satu ucapan dengan menyatakan beliau percaya lebih banyak negara akan mengikuti langkah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.


Kenyataan beliau muncul selepas satu sidang tergempar oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhubung pengumuman Trump pada minggu lalu.


“Rakyat Palestin boleh melakukan perkara dengan lebih baik dengan mene­rima hakikat dan bertindak mengikut keamanan dan bukan keganasan,” kata Netanyahu.


Sumber : Kosmo


Comments :

0 comments to “Netanyahu enggan peduli OIC”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.