
Istanbul 13 Dis. - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini menggesa masyarakat antarabangsa mengiktiraf Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memutuskan untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Gesaan itu dibuat dalam satu deklarasi bersama dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC yang diadakan di Istanbul hari ini. Menurut deklarasi itu: “Baitulmuqaddis Timur adalah ibu negara Palestin dan semua negara dunia diminta mengiktiraf negara Palestin dan juga Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.”
OIC juga mengistiharkan keputusan yang dibuat oleh Trump terbatal dan tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa dan secara sengaja mahu menjejaskan kesemua usaha perdamaian yang akan mendorong kepada berlakunya ekstremisme dan keganasan.” Deklarasi itu juga menyebut tindakan Trump membuat pengumuman itu menandakan bahawa pentadbiran AS menarik diri daripada memainkan peranannya sebagai penaja perdamaian di Asia Barat.
OIC menambah, langkah yang dilakukan oleh Washington menyamai seperti menggalakkan Israel meneruskan dasar kolonialisme, penyelesaian, apartheid dan pembersihan etnik. Sidang kemuncak luar biasa telah diadakan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berikutan pengumuman yang dibuat oleh Trump baru-baru ini.
Status Baitulmuqaddis merupakan isu yang paling sensitif dalam konflik Israel-Palestin. Israel mengatakan keseluruhan bandar berkenaan sebuah ibu kota yang tidak boleh dipecahkan manakala Palestin mahukan bahagian timur sebagai ibu kota negara mereka.
Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tanpa mengulas lanjut berkata, pihaknya akan meminta untuk mendapatkan keanggotaan penuh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari Majlis Keselamatan PBB berikutan pengisytiharan Trump itu.
Sumber : AFP
Comments :
0 comments to “OIC Menggesa Masyarakat Antarabangsa Iktiraf Hak Palestin”
Post a Comment