Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Penyanyi Mesir dipenjara kerana klip video lucah


SEORANG penyanyi Mesir dihukum penjara dua tahun oleh sebuah mahkamah di Kaherah, kelmarin, kerana melakukan perbuatan lucah dalam satu klip videonya.


Dalam klip video berkenaan, Shyma, seorang penyanyi kurang dikenali dilihat hanya memakai pakaian dalam dan memakan pisang dengan cara lucah.


Klip video untuk lagunya yang bertajuk ‘I have issues’ mencetuskan kontroversi di media sosial di Mesir.


Penyanyi berusia 25 tahun itu yang turut didenda 10,000 pound Mesir (RM2,282) boleh merayu keputusan itu di mahkamah lebih tinggi.


Pengarah video berkenaan yang tidak hadir ke mahkamah juga didenda dan dihukum penjara dua tahun.


Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan lucah dan menghasilkan video yang boleh menjejaskan moral orang awam.


Shyma atau nama sebenarnya Shaimaa Ahmed ditahan pada 18 November lalu sebelum dirujuk kepada pendakwa raya untuk siasatan.


Dia mengaku tidak bersalah dan mendakwa pengarah memasukkan adegan kontroversi itu tanpa mendapat kebenarannya.


Sumber : HMetro


Comments :

0 comments to “Penyanyi Mesir dipenjara kerana klip video lucah”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.