Dengan sekali lafaz, pelakon dan pelawak, Abam Bocey, 29, sudah bergelar suami Siti Nurhidayah Mohd Ali, 25, pada jam 05.33 petang semalam.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, Ustaz Kamal Salan di Masjid Jamek Sultan Hishamududdin, Sabak Bernam Selangor.
Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan menyerahkan mas kahwin RM3,000, seutas rantai, wang hantaran RM13,888 serta Sembilan dulang hantaran dan dibalas 11.
Turut hadir rakan dari kumpulan Bocey, Fad dan Acey yang bertindak sebagai pengapit ketika akad nikah berlangsung.
Abam meluahkan rasa lega apabila majlis pernikahannya selamat dilangsungkan.
Katanya, dia mengenali Siti Nurhidayah yang juga kerani akaun di syarikat swasta sejak 2009 sebelum menyertai Raja Lawak Musim ke-6 pada 2012.
"Selepas 8 tahun mengenali, saya menghantar rombongan merisik September lalu dan bertunang jam 10 pagi semalam sebelum acara akad nikah berlangsung."
"Resepsi sebelah perempuan diadakan pada hari ini (Sabtu) manakala sambut menantu pada 20 Januari tahun depan." Katanya.
Comments :
0 comments to “Selamat Pengantin Baru Abam Bocey”
Post a Comment