
Moscow: Seorang suami yang cemburu buta memotong kedua-dua belah tangan isterinya dengan kapak selepas menuduh wanita itu menjalin hubungan sulit.
Media tempatan melaporkan, Dmitry Grachyov, 26, membawa isterinya, Margarita ke satu kawasan hutan sebelum menderanya.
Grachyov kemudian memaksa isterinya mengaku dia menjalin hubungan sulit tetapi wanita itu tetap menafikannya.
Lebih kejam lagi, Grachyov menggunakan kapak untuk menetak jari dan tangan isterinya bagi memaksa wanita itu mengaku.
Selepas melihat kecederaan parah pada tangan isterinya, Grachyov kemudian membawa wanita itu ke hospital sebelum menyerah diri kepada polis.
Bagaimanapun, doktor berjaya menyambung tangan kiri wanita itu tetapi sebelah lagi tidak dapat diselamatkan.
Polis berkata, pasangan itu berkahwin selama lima tahun dan mempunyai dua anak lelaki berusia tiga dan empat tahun.
Grachyov kini ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan menyerang isterinya. - Agensi
Comments :
0 comments to “Suami cemburu potong tangan isteri”
Post a Comment