Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Bas terbakar, 31 pelancong Indonesia terselamat


JOHOR BAHRU - Seramai 31 pelancong warga Indonesia berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar dalam kejadian di kawasan Yong Peng di Kilometer 99, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, pagi ini.


Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, kesemua mereka dan pemandu bas berkenaan bagaimanapun sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.


Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, PB Nazari Keling, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian enjin kenderaan.


Namun begitu, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran.


Sumber : Kosmo


Comments :

0 comments to “Bas terbakar, 31 pelancong Indonesia terselamat”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.