Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Awas: Panas!

Ia bukan suatu rahsia yang cili merupakan penambah rasa untuk kebanyakan kita yang menikmati perasa pedas dalam hidangan kami. Malah, kajian-kajian telah menunjukkan yang 25 peratus orang  seluruh dunia makan cili setiap hari. Jadi, adakah anda salah seorang daripada mereka? Jika ya, kesihatan anda akan bertambah baik. Cili dikenali sebagai satu daripada makanan hebat yang seiring dengan diet harian kami disebabkan oleh faedah kesihatannya. Selepas mengigit ke dalam tulang rusuk cili, dan merasai benih- benihnya, kehangatan dari cili akan menyebabkan rasa pedas di dalam mulut anda. Perasa...

Selfie dari dalam kubur?

Seorang wanita di Romania percaya neneknya yang telah meninggal dunia menghubunginya dari alam kubur. Bukan setakat itu, wanita itu juga percaya telah menerima gambar selfie daripada mendiang neneknya itu. Wanita berkenaan, Gina Mihai, 34, menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuannya. Menurut Mihai, gambar tersebut memperlihatkan sesuatu yang seakan-akan seekor ular melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang. Mihai kemudiannya menunjukkan...

Maut semasa mengambil gambar selfie

SEPANYOL, (MLP) – Seorang pelajar yang sedang dalam percutian ke Sepanyol maut apabila terjatuh dari jambatan ketika cuba mengambil gambar selfie. Sylwia Rajchel dikatakan hilang imbangan lalu terjatuh dengan ketinggian 15 kaki dari jambatan Puente de Triana di Seville. Pelajar perubatan yang berasal dari Lublin itu kemudiannya mengalami serangan jantung sebelum dilaporkan meninggal dunia di hospital. Menurut Bernadeta, ibu kepada Sylwia, lawatan ke Sepanyol merupakan salah satu impian gadis berusia 23 tahun tersebut. Pelajar kejururawatan di Universiti Selatan Poland itu turut mempelajari ...

Snek Zaman Kanak-kanak

Makanan ringan popular semasa zaman kanak-kanak kami kini disembunyi jauh ke dalam fikiran, terutamanya apabila kanak-kanak sekarang tidak lagi berebut-rebut untuk membeli kek lapis Apollo atau permainan Ding Dang. Saya biasa berlari ke sana ke mari di kantin sekolah untuk membeli paket Mi-Mi(masih dijual di pasaran), yang begitu kecil tetapi ia cukup untuk dikongsi bersama sekumpulan kawan-kawan.Anda masih lagi boleh mencari makanan ringan ini di kedai runcit kecil, mungkin yang berdekatan dengan rumah ibu bapa anda, dan ada yang boleh dibeli di pasar raya besar. Malah,  tidak menghairankan...

Selfie lepas sah bercerai!

Selfie has gone to the next level! Bukan setakat memotretkan saat-saat bahagia dan gembira, anda kini boleh berselfie dalam apa juga situasi. Pasangan Keith Hinson and Michelle Knight, yang sudah tiga tahun berkahwin, memuatnaik gambar selfie mereka sebaik sahaja mereka sah bercerai! Kapsyen pada gambar tersebut bertulis: "Kami secara rasminya bercerai. Inilah adalah perpisahan yang penuh dengan rasa hormat, persahabatan dan kasih sayang. Kami gembira bukan kerana ia berakhir, tetapi kerana ia pernah berlaku". Memang pelik kalau difikirkan. Tapi kalau selfie boleh menggalakkan perceraian...

Mati dicakar harimau rongak

NEW DELHI, (MLP) - Seorang wanita berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia akibat dicakar seekor harimau. Ketika kejadian, wanita itu sedang memetik daun herba di hutan Bramhapuri apabila harimau berkenaan menerkamnya. Harimau itu hanya melepaskan mayat wanita berkenaan selepas penduduk lain melontar batu bagi mengusirnya. Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat dicakar dan tidak mempunyai kesan digigit, manakala harimau  itu ditemui mati keesokannya, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian. Pemeriksaan mendapati haiwan itu rongak dan giginya tidak berfungsi. Dipercayai haiwan...

Gali kubur demi selfie dengan mayat ibu

BEIRUT, (MLP) - Seorang lelaki membuat tindakan luar waras apabila menggali kubur ibunya demi untuk mendapatkan gambar selfie dengan mayat ibunya yang sudah berbulan meninggal dunia itu. Lelaki yang dikenali sebagai Deab itu bekerja sebagai penggali kubur. MBC TV Channel menemuramah lelaki itu dan menjemput pakar psikiatri untuk memberi keterangan mengenai kes berkenaan. Bagaimanapun, Deab kelihatan normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda masalah mental. Deab memberitahu dia gemar menghabiskan masa di tanah perkuburan kerana suasana di situ membuat perasaannya tenteram dan bahagia berada...

Penumpang dipaksa menolak pesawat yang dinaiki

MOSCOW, (MLP) – Brek pesawat yang dibeku dalam suhu -52 telah memaksa penumpang - penumpang Siberia Air untuk keluar dan menolak kapal terbang mereka. Dalam satu video yang dimuat naik ke Youtube, ianya dapat dilihat bahawa semua penumpang dalam keadaan ceria ketika menolak pesawat mereka di landasan yang diliputi salji di Igakara, satu kawasan yang melebihi garisan Artik. Sistem brek casis telah beku disebabkan oleh suhu angin yang perlahan dan lori tunda juga tidak dapat mengeluarkan pesawat itu dari landasan tersebut. Oleh itu, sebagai langkah terakhir, para penumpang telah turun...

10 negara paling aman di dunia

Setiap tahun Institute for Economics and Peace (IEP) akan menyediakan Global Peace Index (GPI) yang bertujuan mengukur kadar keamanan sesebuah negara berdasarkan faktor dalaman dan luaran. Walaupun pelbagai masalah dan pergolakkan berlaku di sejenak pelusuk dunia, kajian yang bermula pada tahun 2007 itu tetap akan menyenaraikan 20 negara yang dianggap paling aman di dunia. Bimbang keselamatan diri serta keluarga sekiranya pergi bercuti di luar negara? Lawatilah 10 negara yang diiktiraf selamat ini: 10 - Jepun Tidak dinafikan negara matahari terbit ini amat kaya dengan keindahan budaya....

'Misteri' wanita dalam apartmen

NEW YORK, (MLP) - Seorang pemilik sebuah unit pangsapuri di New York yang merasa curiga dengan kejadian makanan yang disimpan sering hilang, bertindak memasang sebuah kamera tersembunyi di dapurnya. Joe Cummings resah kerana makanan yang disimpan di dalam peti sejuk cepat habis, biarpun dia sendiri tidak memakannya. Sebaik rakaman video itu diperolehi, Joe sangat terkejut apabila mendapati seorang wanita misteri turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartmentnya. Seolah-olah seperti sudah biasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai. Wanita misteri itu...

Lelaki bunuh dan makan kawan karib

WALES, (MLP) – Seorang lelaki mati ditembak senjata pemegun semasa ditahan atas kesalahan membunuh lalu memakan seorang wanita minggu lalu. Matthew Williams pernah dipenjara selama dua tahun kerana mencederakan teman wanitanya dahulu. Selepas dua minggu bebas, lelaki berusia 24 tahun itu tinggal di rumah perlindungan banduan Sirhowy Arms di Argoed. Pada malam kejadian, pengurus tempat berkenaan iaitu Mandy Miles mendakwa dia terdengar suara jeritan dari bilik Matthew lantas bergegas ke sana. Wanita itu terkejut apabila menjumpai bekas banduan itu sedang melahap mata seorang gadis yang...

10 fakta tidak diketahui tentang Doraemon

Ada peminat Doraemon di sini? Kalau tak minat pun, anda mesti kenal dengan watak Doraemon, robot kucing yang comel dan sering menjadi penyelamat si budak malang, Nobita. Di sini kami kongsikan fakta menarik tentang Doraemon yang anda mungkin tak tahu.1. Apa maksud nama Doraemon?- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar!2. Tarikh Lahir Doraemon?- Doraemon dihasilkan pada 3 September 2112.3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?- Ya! Doraemon...

Cara kurus mengikut bentuk badan

Rasa sakit hati kan, setelah cuba pelbagai cara dan senaman namun berat badan masih belum berkurang? Tanpa disedari ini mungkin kerana bentuk badan berbeza memerlukan tumpuan senaman dan diet berbeza. Kali ini kami senaraikan amalan senaman yang sesuai untuk bahagian badan bermasalah, mengikut jenis bentuk badan anda!Bagi mereka yang miliki badan berbentuk “Pear”Bentuk badan “Pear” miliki bahagian punggung dan paha lebih besar. Misalnya seperti diva antarabangsa Beyonce dan Rihanna.Senaman yang wajar dilakukan:Amalkan senaman yang meningkatkan metabolisma dan bakar kalori seperti berlari. Cuba angkat berat untuk lengan dan bahu bagi seimbangkan...

5 sebab masih tak kurus lepas beranak

Isu berat badan lepas melahirkan anak merupakan isu sensitif bagi kebanyakan ibu baru. Kalau ikutkan hati, semua nak badan macam zaman anak dara, namun bukanlah sesuatu yang mudah, dengan ambil kira faktor usia, kadar metabolisme badan dan genetic.Kali ini kami senaraikan beberapa sebab yang mungkin menganggu usaha anda untuk kurus semula setelah melahirkan anak. Selepas ini,anda pasti boleh kenal pasti faktor yang boleh dibaiki untuk kembalikan bentuk badan zaman anak dara anda!Makan banyakMakan makanan bernutrisi memanglah bagus, namun hasilnya sama seperti makanan lain juga, kerana makanan bernutrisi masih mengandungi kalori. Awasi...

5 mitos popular tentang penurunan berat badan

Siapa sangka yang nasihat kesihatan yang diketahui orang ramai kadang-kala merupakan mitos semata-mata? Jika anda adalah seseorang yang menjaga kesihatan ataupun sedang mencari cara-cara terbaik untuk mengurangkan berat badan, ia adalah penting untuk membuat kajian sebelum mempercayai 'fakta-fakta' yang dikatakan berkesan. Antara mitos-mitos kesihatan yang popular adalah: Label kurang lemak (low-fat) adalah lebih sihat  Anda haruslah lebih teliti membaca label 'kurang lemak' kerana kadang-kala, makanan tersebut sebenarnya mengandungi kuantiti gula yang banyak dan boleh memudaratkan kesihatan anda. Selain itu, label...

Wanita Boleh Kurus dalam masa 30 minit!

Masalah utama wanita berkerjaya adalah untuk menjaga bentuk badan dalam kesibukan tugasan harian. Antara pembahagian masa dengan kerjaya dan keluarga, bila nak bersenam?Di sini kami cadangkan senaman yang boleh dilakukan dalam masa 30 minit untuk tumpukan bahagian badan bermasalah!1.    Senaman memanaskan badanIni bukan kelas Tae Kwon Do yang memerlukan senaman memanaskan badan selama 1 jam sebelum mulakan latihan. Cukup sekadar berjalan pantas atas treadmill selama 3 minit sebelum memulakan senaman!2.    Selang-selikan senaman anda. Lakukan senaman push up selama 3 minit. Muatkan seberapa banyak push up yang...

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.