Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tertuduh Liwat Anak Saudara (11), Rayu Diberi Hukuman Ringan



PEMBANTU operasi di sebuah hospital dihukum penjara 16 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan meliwat anak saudara perempuannya berusia 11 tahun, tahun lalu.


Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 32 tahun selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


Pada November lalu di mahkamah sama, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 15 sebatan terhadap tuduhan merogol seorang lagi anak saudaranya berusia 15 tahun yang juga kakak kepada mangsa liwat itu.


Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan secara berasingan selepas selesai jalani hukuman rogol itu.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa berusia 11 tahun dua bulan di sebuah rumah di Jalan Bayam, Kota Bharu, 9 malam pada Februari hingga Mei 2016.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan berjalan serentak dengan kesnya sebelum ini.


"Saya sudah insaf selain perlu menyara ibu berusia 60 tahun," katanya.


Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.


"Mangsa yang kematian bapa kandung menganggap tertuduh seperti bapa sendiri namun tertuduh mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak ini.


“Oleh itu, pihak pendakwaan memohon hukuman berat berjalan secara berasingan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai," katanya.


Sumber - hmetro

Comments :

0 comments to “Tertuduh Liwat Anak Saudara (11), Rayu Diberi Hukuman Ringan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.