Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

'TV9, Kembalikan Zaman Kanak-Kanak Kami!' - Netizen



Warga Twitterjaya baru-baru ini menyuarakan pandangan masing-masing mengenai saluran televisyen swasta iaitu, TV9, yang dikatakan semakin 'galak' menyiarkan iklan-iklan dari Wow Shop sehingga menimbulkan rasa kurang senang penontonnya.


 

Berdasarkan gambar yang dimuat naik meme_boruto, TV9 menjadi pilihan mereka kerana menyiarkan kartun-kartun kegemaran, berbanding sekarang yang lebih kerap menyiarkan iklan. Keadaan itu menyebabkan mereka kemurungan seketika.


 

"Menyampah aku dengan TV9 sekarang. Dulu is better." - Pinocchioo


"Kartun lagi best daripada cjwowshop." - Afiq Huzairi


"Padahal dah ada channel iklan wowshop itu sendiri doo, nak jugak menyemak kacau time petang. Hmmm.." - Dollars


Menurut Dania, TV9 dahulu menyiarkan rancangan kartun bermula dari jam 2.30 petang Wonderpet, Dora The Explorer, Chalkzone, Catdog, Spongebob, Upin Ipin dan lain-lain.


 

Ketiadaan kartun-kartun itu ditayangkan menyebabkan mereka tidak berpuas hati. 


"Jibake, habis banyak slot dia ambik. Spongebob jam lima petang pun dah takde. Alahai," - Zlatan Izrulmovic


"Bukan TV9 je, NTV7, TV8 pun sama. Pagi-pagi buta dah wow shop. Eh hello, we need cartoon okey." - Cik Intan Wani



Justeru, warga Twitterjaya mendesak pihak TV9 kembali menyiarkan kartun-kartun kegemaran mereka atau berdepan dengan kemerosotan kadar penonton yang tinggi.


Sumber - TheReporter

Comments :

1
Unknown said... on 

Hemmm.betul dulu Tv9 adalah kegemilangan karton kanak kanak.Orang tua pon tumpang join dan tersuka sekali.Tv9 tu sangat sangatlah seronok.sekarang nih hapa pon tarak.Wow shop wow shop wow shop.Nak peqabih duit org ja.Tapi sekarang bukan setakat TV9 ja tak best boleh dikatakan keseluruhan chanel tv lain pon tak menarik.
NTV7 Dan Tv8 rancangan China memanjang.Dulu Tv7 ada byk jugak drama gan rancangan melayu.Sekarang nih zero dah.Tv2 pulak memanjang citer Tamil. Hemmmmm bolehlah semua nak sama rata.Tapi DAP yg dapat lebih sikit.Tv8 takder langsung drama atau rancangan Melayu.Kalau korea gan siam banyak.Sejak dah tukar nih makin hangit dan teruk lagi adala.Macam ishhhhhh.TV9 tu rancangan untuk org melayu islam. Hemm habis semua lepa bedal. Org islam kena bersatu.Orang luar nak lemah dan jatuhkan sesuatu bangsa tu melalui media dan tv sekarang nih.Tapi tak pa kami dah tak tengok tv dh .Semua rancangan langsung tak menarik.Makin tak menarik terutama TV9,NTV7,TV2,1 .Boleh dikatakan semua tak seronok. HArap bola jer la yg ada kat tv9 La nih.

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.