Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Wanita Mahu Makan Abu Ibu Pada Malam Krismas


GILA. Seorang wanita yang sedang bersedih dengan kematian ibunya, bercadang untuk makan abu mayat ibunya menjelang makan malam krismas nanti. Debra Parsons, 41, akan menabur abu mayat Doreen Brown pada hidangan ayam dan puding.


Menurut ibu kepada dua anak yang menetap di Kent ini, dia mahu makan abu ibunya kerana dengan cara itu dia akan dapat mengatasi kesedihan akibat kehilangan ibunya yang meninggal dunia pada bulan Mei lalu susulan jangkitan di dada.


Debra berada dalam kesedihan selepas kematian ibunya dan keinginan untuk makan abu Doreen semakin kuat hingga tidak dapat dihalang lagi.


“Orang ramai menyangka saya gila dan ia berpendapat ia bukan cara yang elok untuk menghormati Doreen tetapi saya tidak boleh menghalang diri sendiri.


“Saya lihat ia sebagai sesuatu yang positif dan berasa lebih dekat dengan ibu,’’ kata Debra.


Menurut Debra, kematian ibunya berlaku selepas 20 tahun anak lelakinya meninggal dunia ketika dilahirkan.


Sejak itu dia tertekan dan kematian Doreen menambahkan lagi kesedihan yang dialaminya. – MYNEWSHUB.CC


Comments :

0 comments to “Wanita Mahu Makan Abu Ibu Pada Malam Krismas”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.