Dua tiga hari kebelakangan ini kedai dobi terutama layan diri memang penuh semuanya gara-gara cuaca sejuk dan hujan renyai. Semua baju yang dibasuh tak kering. Apa lagi, kedai dobilah penyelesaiannya.
Kalau diperhatikan, beratur panjang bakul depan mesin pengering atau dryer, nak keringkan pakaian. Admin pun antara salah seorang daripadanya.Hmm..
Bila dah buang masa beratur panjang di kedai dobi ini, maka ramailah kaum wanita yang terfikir nak beli dryer. Mesti korang salah seorang daripada mereka kan?
Tetapi adakah berbaloi nak beli dryer ini sebenarnya? Jika perkara yang sama bermain dalam fikiran anda, perkongsian daripada saudara Afyan ini sangat membantu.
Tak beratur dah lepas ada "bibik elektrik"
1. Tengah buat apa tu? Tengah beratur panjang menunggu giliran di kedai dobi ke? Hehe…
2. Saya dulu macam ini juga. Beratur panjang untuk membasuh dan mengeringkan pakaian di kedai dobi. Tapi sekarang tidak lagi. Selepas wujud “bibik” eletrik ini...
3. Kisahnya sekitar Disember 2016 – Januari 2017. Tarikh ini saya ingat, sebab setiap kali beli barang-barang mahal, saya akan tulis tarikh pembelian pada barangan tersebut. Hahaha!
4. Tujuannya untuk melihat sejauh mana ia bertahan dan betul tak ia berbaloi.
5. Sebelum saya beli bendalah ini, sebulan mesin basuh lama saya rosak dan sepanjang sebulan itulah saya berulang-alik ke kedai dobi layan diri berdekatan rumah untuk membasuh pakaian.
6. Lama juga saya survey sebelum membuat keputusan. Sebulan-dua juga.
7. Kenapa ambil masa sampai berbulan-bulan?
Sebab, apa sahaja barang yang berharga RM1,000 ke atas, ia adalah mahal di mata saya. Ya, apa sahaja. Dan jika dibeli, saya akan pastikan ia berbaloi dan guna sampai lunyai.
8. Dalam tempoh survey itu juga, saya ada tanyakan pandangan rakan-rakan facebook tentang model mesin basuh yang sesuai.
9. Dari situlah ada yang mencadangkan mesin pengering pakaian ini. Ketika membuat tinjauan tentang alat ini, agak mahal juga.
10. Apa yang saya buat ialah survey di internet dan kemudian buat perbandingan di kedai-kedai eletrik.
11. Semua yang saya lihat berharga sekitar RM1,200 ke RM2,000 ke atas.
Ada juga model yang 2 dalam 1; mesin basuh dan pengering dalam satu mesin.12. Akhirnya, saya jumpa dengan satu model yang tak terkenal ini, dengan harga tak sampai RM800 untuk muatan 6 kg.
Saya cuba buat carian di Google untuk dapatkan testimoni, tapi tak banyak.
13. Dengan waranti selama 2 tahun, saya kira ia berbaloi.
Kan saya seorang konsultan kewangan? Tentulah saya berkira
Ini congakan saya; RM800 bahagi 24 bulan = RM33 sebulan.
Kiraan ini perlu ambil sekali dengan bil eletrik, sekitar RM20 ke RM50 pada anggaran saya.
Total kos termasuk eletrik sekitar RM20 ke RM70 sebulan, masih berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan perkhidmatan dobi layan diri.
14. Setelah mengambil kira semua faktor, saya beli secara online, selepas membeli mesin basuh baru untuk kegunaan keluarga dengan anak 4 orang yang bersekolah.
15. Alhamdulillah, selepas setahun lebih menggunakan alat ini ia memang pelaburan berbaloi!
✔️ Tak perlu lagi sidai baju.
✔️ Apabila tak perlu sidai baju, maka tak perlu lagi angkat baju yang disidai. Hahah
✔️ Tak perlu risau baju lambat kering.
✔️ Tak perlu risau baju yang disidai menjadi basah akibat hujan.
✔️ Tak payah lagi ke kedai dobi untuk keringkan baju.
✔️ Tak perlu lagi menunggu lama di kedai dobi di musim sejuk begini.
✔️ Apabila tidak perlu ke dobi, maka banyak masa dapat dijimatkan. Dapat buat kerja ketika baju diberihkan.
✔️ Dapat keringkan baju dengan cepat jika kecemasan.
✔️ Dan yang paling penting, dapat ringankan beban isteri sebab selama ini isteri saya yang bannyak lakukan kerja-kerja di atas. Hahaha!
Selepas setahun, boleh saya simpulkan bahawa;
“Membeli dryer di rumah ibarat menghadiahkan bibik / kedai dobi kepada isteri”
Apa yang lebih bahagia dari melihat isteri tersenyum?
P/S; Apa lagi, share dan tag pasangan masing-masing minta belikan.
Sumber : Vanillakismis
Comments :
0 comments to “Kisah ‘Bibik’ Elektrik”
Post a Comment