Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

'Ikan Bilis Yang Berharga RM2.24, Tiba-Tiba Menjadi RM348' - Pelanggan Terkejut Kena Bayar Barang RM586.75



Sebagai pengguna, anda perlulah sentiasa memeriksa resit bayaran yang diberi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalamannya yang hampir mengalami kerugian beratus ringgit hanya disebabkan kesilapan pencetakan harga bahan mentah yang ditimbang.


Mujur tabiatnya yang gemar memeriksa resit bayaran, menyelamatkan dirinya dari mengalami kerugian besar itu. Semoga menjadi pengajaran dan peringatan buat kita semua. 


CERITA hari ini, nasib menyebelahi. 


Habis saja exam, terus pergi ke market untuk shopping barang-barang dapur. Barang boleh dikatakan agak banyak dan kira-kira memang akan hbais dalam RM200+. Dan bila sampai di kaunter, juruwang kata total harga semua barang yang diambil adalah sebanyak RM586.75. Muka dengan penuh redha, hulur RM600 dengan berbaki RM13.25.


Naik kereta, terus belek resit. Kebiasaannya memang setiap kali nak beli barang, saya akan catat dalam kertas atau buku nota supaya barang yang dibeli tak tercicir. Pelik sebab dari mana datangnya barang yang boleh cecah sampai RM600 itu? 


Bila semak senarai barangan yang dibeli dalam resit, baru perasan ikan bilis yang saya tandakan tak ada. Yang ada, 'Silverside CTN' yang saya sendiri pun tidak tahu apa maknanya itu. Buka semula bonet belakang kereta dan usaha sedaya upaya mencari batang hidung ikan bilis dan lihatlah apa yang saya dapat. (Rujuk gambar ketiga).


 

Ikan bilis yang berharga RM2.24, tiba-tiba menjadi RM348. Turun dari kereta terus pergi semula ke kaunter dan beritahu bahawa mereka sudah tersilap kira dan alhamdulillah dapat semula duit saya. 


Sekadar pesanan untuk kita semua. Rajin-rajinkanlah periksa semula resit bayaran yang kita dapat itu. Periksa jumlah keseluruhan harga barang yang dibeli itu betul atau tidak, sama atau tidak dengan harga barang yang kita beli. Semoga ini adalah kejadian yang terakhir buat diri saya.


Sumber - Nik Yam Chik Zainab & The Reporter

Comments :

0 comments to “'Ikan Bilis Yang Berharga RM2.24, Tiba-Tiba Menjadi RM348' - Pelanggan Terkejut Kena Bayar Barang RM586.75”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.