Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

(Video) 'Hello Himpit Apanye?!'



Viral video seorang pemandu kereta Honda City berwarna merah mendakwa pemandu Perodua Myvi menghimpitnya di Lebuhraya ELITE sehingga mengganggu pengguna lebuhraya yang lain. 


Berdasarkan video tersebut, pemandu Honda City itu keluar dari kereta dan berdepan dengan pemandu Myvi serta mendakwa wanita itu telah menghimpit keretanya sebelum itu.


 

Bagaimanapun, pemandu Myvi menafikan dakwaan itu dan meminta wanita itu beredar dari terus menghalang perjalanan mereka yang sudah terlewat untuk ke destinasi.


 

Tidak puas hati dengan tindakan pemandu Myvi itu, wanita terbabit kemudian mengundurkan keretanya dipercayai dengan niat mahu melanggar kereta Myvi itu, menyebabkan pemandunya segera mengundurkan kereta bagi mengelakkan perlanggaran berlaku.


 

Dalam masa yang sama, beberapa pengguna lebuhraya yang lain terkejut dengan kejadian itu turut membunyikan hon dan nyaris menyebabkan penunggang motosikal terlanggar dua buah kenderaan itu. 


Pemandu Myvi bagaimanapun berjaya 'meloloskan diri' dari wanita itu dan meneruskan perjalanan mereka ke destinasi. 



Malangnya, mereka dikejar dan sekali lagi adegan yang sama berlaku sehingga menyebabkan perlanggaran, sebelum pemandu Honda City itu memecut meninggalkan mereka. Rakan kepada mangsa juga menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan.


 

Difahamkan kejadian itu juga menyebabkan sebuah kereta yang berada di belakang Myvi tidak sempat menekan brek dan terlanggar Myvi berkenaan sebelum mereka mengambil keputusan untuk berhenti di tepi jalan.


 

Sementara itu, netizen diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana punca sebenar kejadian masih belum diketahui.


Sumber - The Reporter

Comments :

0 comments to “(Video) 'Hello Himpit Apanye?!'”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.