Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Gaya Rambut Timbalan Datuk Bandar Pasha Penyanyi Kumpulan Ungu Dikritik Kerana Tidak Melambangkan Imej Pemimpin



Timbalan Datuk Bandar Palu, Sigit Purnamo atau lebih dikenali sebagai Pasha (Ungu) adalah salah seorang ahli politik yang paling terkenal di Indonesia, terutamanya kerana kerjayanya masa lalu sebagai penyanyi utama kumpulan pop rock Ungu.


Walaupun sudah bergelar ahli politik, ternyata Pasha tidak sepenuhnya dapat 'lari' daripada dunianya terdahulu, termasuklah dari segi gaya rambutnya.


Akaun instagram rancangan bual bicara popular di Indonesia, Mata Najwa telah memuat naik posting mempromosikan episod mereka yang mana beberapa pemuzik, termasuk Pasha telah dijemput untuk berbincang tentang politik.


Walau bagaimanapun, netizen tertumpu kepada gaya baharu Pasha yang 'hipster' sambil memakai pakaian seragam kakitangan awam.


Rata-rata mereka mengkritik tocang kecilnya itu dengan mengatakan ia tidak sesuai dengan imej seorang pegawai kerajaan.



Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, yang mengawal pentadbiran pemerintahan daerah, dilihat bersetuju dengan penilaian yang dilakukan orang awam terhadap Pasha.


"Secara etika, ada peraturan untuk berpakaian kemas sewaktu memakai pakaian seragam rasmi. Biasanya (rambut Pasha) tidak bertentangan dengan undang-undang, ia hanya melanggar etika tata cara berpakaian," kata Ketua Fasilitas Daerah di bawah Kementerian Dalam Negeri, Akmal Malik, memetik Detik.


"Kita akan tegur, ingatkan dulu, kerana itu sifatnya administratif," katanya.


Pasha belum membuat apa-apa kenyataan tentang gaya rambutnya, termasuk sama ada dia mahu atau telah mengubah apa yang dilakukannya berikutan kontroversi ini.



Ini bukan kali pertama bekas bintang pop ini mencetuskan kontroversi kerana penampilannya.


Tidak lama dulu, selepas dipilih sebagai Timbalan Datuk Bandar (Wakil Wali Kota) Palu, Sulawesi Utara pada 2016, dia dikritik kerana memakai jeans dan jaket bersama pingat polis dan tentera ketika bertugas, yang mana dia mencabar sesiapa sahaja yang membentangkan bukti menyatakan pakaiannya menyalahi undang-undang.


Kontroversi lain temasuklah bersama dengan kumpulannya di pentas sambil memakai seragam kakitangan awam.


Bagaimanapun, dia tidak dikenakan tindakan kerana mendapat kebenaran bosnya, selain membuat persembahan bersama Ungu di Singapura, juga tidak dihukum kerana pertunjukan itu berlangsung pada hujung minggu.


Sumber: Penmerahpress

Comments :

0 comments to “Gaya Rambut Timbalan Datuk Bandar Pasha Penyanyi Kumpulan Ungu Dikritik Kerana Tidak Melambangkan Imej Pemimpin”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.