Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kejadian Hari Pertama Persekolahan Yang Memilukan



KENINGAU: Hari pertama persekolahan menjadi mimpi ngeri buat seorang murid prasekolah lelaki selepas kaki kirinya tersangkut di lubang mangkuk tandas di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Paganatan, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi Selasa, mangsa kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu dikatakan pergi ke tandas sekolah itu untuk membuang air kecil sebelum tergelincir sehingga kakinya terpelosok ke lubang terbabit.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Mudi Pangiran berkata, kejadian itu disedari oleh guru-guru tadika berkenaan yang terdengar mangsa menjerit dan menangis sebelum mereka menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau untuk meminta bantuan. "Kita menerima panggilan pada pukul 9.25 pagi sebelum sebuah jentera dan turut dibantu oleh kenderaan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke sekolah itu.



"Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun dipercayai tergelicir di tandas sekolah dengan keadaan kaki kirinya tersangkut di dalam lubang tandas," katanya, ketika dihubungi Astro AWANI hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersangkut dengan menggunakan kaedah sabun sebagai pelincir.


Jelasnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan sudah mendapatkan rawatan oleh sepasukan anggota ERMS yang turut berada di lokasi kejadian. Operasi itu ditamatkan pada jam 9.58 pagi tadi.



Sumber : Awani

Comments :

0 comments to “Kejadian Hari Pertama Persekolahan Yang Memilukan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.