Bagi majoriti daripada kita, haiwan terancam adalah penuh dengan misteri. Oleh itu, seorang jurugambar dari Britain, Tim Flach telah menghabiskan masanya selama 2 tahun bagi mendokumentasikan kehidupan haiwan berkenaan di habitat asal mereka. Hasilnya, Endangered, telah menyediakan kita dengan sisi pandangan tentang kehidupan makhluk yang diancam kepupusan, dan betapa ia mengingatkan kita bahawa kita sepatutnya berasa kehilangan sekiranya mereka pupus.
Daripada spesies yang kita ketahui seperti beruang polar, snow leopard, cheetah sehinggalah kepada makhluk eksotik yang kita hanya mampu bayangkan seperti di dalam filem fantasi seperti saiga, burung helang Filipina, dan sebagainya, telah dibentangkan oleh Flach dalam spektrum yang besar tentang biodiversiti.
Selain itu, ia turut mencerminkan akan rintangan yang harus mereka hadapi – kemusnahan habitat. Ada juga yang berhadapan dengan perkara yang lebih mengerikan seperti pemburuan haram dan dijual di dalam pasaran gelap.
Flach kerap kali menyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk menghubungkan manusia dengan makhluk liar. Jika diamati pada mata haiwan di dalam koleksi Endangered ini, pasti kita akan berasa sugul kerana kehidupan mereka adalah sama berharga seperti manusia.
#1 Saiga
#2 Beruang Polar
#3 Burung Helang Filipina
#4 Hyacinth Macaw
#5 Gajah Afrika
#6 Snow Leopard
#7 Iberian Lynx
#8 Cheetah bersama anaknya
#9 Lemur
#10 Kura-kura Ploughshare
#11 Tenggiling Putih
#12 Panda Merah
#13 Kunang-kunang
#14 Badak Air
#15 Red Crown Crane
Sumber - Era Baru
Comments :
0 comments to “Lihatlah sepuasnya haiwan-haiwan terancam ini kerana ia akan pupus tidak lama lagi”
Post a Comment