Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Doktor mati selepas bekerja selama 18 jam tanpa henti


BEIJING – Seorang doktor berusia 43 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat strok selepas bekerja selama 18 jam tanpa henti baru-baru ini.


Dr. Zhao Bianxiang dari wilayah Shanxi dilaporkan pengsan di wad seorang pesakitnya pada waktu tengah hari, 29 Disember lalu sebelum dibawa untuk rawatan kecemasan.


Dia bertugas di Jabatan Penjagaan Pernafasan di Hospital Daerah Yuci di Jinzhong, sebuah bandar kecil di wilayah Shanxi, lapor Shanxi Evening News.


Bianxiang kemudian disahkan meninggal dunia keesokan paginya selepas rakan setugasnya gagal menyelamatkannya, demikian menurut media tempatan.


Seorang rakan sekerjanya memberitahu Bianxiang mula bekerja pada pukul 6 petang, 28 Disember dan selesai bertemu pesakit luar sekitar tengah malam sebelum mula memeriksa wad hospital.


“Pada musim sejuk, jabatan pediatrik dan penjagaan pernafasan menerima paling ramai pesakit,” katanya.


Beberapa keping gambar yang dikongsikan menunjukkan kedua-dua ibu bapa Bianxiang melihatnya buat kali terakhir di sebuah wad di hospital tempat dia bekerja. – Agensi


Comments :

0 comments to “Doktor mati selepas bekerja selama 18 jam tanpa henti”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.