Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Berang Majikan Lambat Bayar Gaji, Buruh Bakar Kereta Rakan Sekerja



Berang selepas dimaklumkan majikan lambat membayar gaji, seorang buruh binaan mengamuk dan memukul anak majikan dan isteri rakan sekerjanya, lapor Utusan Borneo.


Dalam kejadian jam 3.50 petang 30 Disember lalu, suspek berusia lingkungan 30-an bertindak membakar kereta rakan sekerjanya di tapak pembinaan bangunan kedai di Jalan Aman, Sibu.


 

Difahamkan, ketika kejadian itu pemilik kereta Perodua Kancil dan isteri serta rakan-rakan yang lain sedang menunggu menerima gaji mereka sebelum didatangi suspek yang mengamuk apabila dimaklumkan anak majikan yang juga pengurus tapak pembinaan itu bahawa gaji mereka lambat dibayar.


 

Para pekerja yang menyaksikan kejadian itu cuba menenangkan suspek, malangnya gagal berbuat demikian. Suspek yang dipercayai mabuk kemudian memukul isteri rakannya dengan batang penyapu di tangan kanannya dan membaling batu bata ke arah perutnya. 


Turut menjadi mangsa, anak majikan dipukul dengan batang besi di kepala dan tangan kiri oleh suspek, sebelum membakar kereta rakannya menyebabkan mangsa mengalami kerugian anggaran RM12,000.


 

Suspek kemudian melarikan diri, manakala kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. 



Balai Bomba dan Penyelamat Sibu yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.16 petang kemudian menghantar tujuh anggota dan sebuah jentera FRT ke lokasi kejadian untuk memadamkan kereta yang dibakar suspek. 


Ketua Polis Daerah ACP Zailanni Amit mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang giat mengesan suspek. 


"Kes disiasat di bawah Seksyen 324/435 Kanun Keseksaan kerana disyaki sengaja mendatangkan kecederaan dengan batang penyapu serta khianat api dengan membakar kereta," katanya. 


Sumber - The Reporter

Comments :

0 comments to “Berang Majikan Lambat Bayar Gaji, Buruh Bakar Kereta Rakan Sekerja”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.