New Delhi: Selepas hampir dua dekad, bintang filem Tamil membawa khabar berita gembira kepada peminatnya apabila mengumumkan akan menceburi arena politik.
Pelakon berusia 67 tahun itu menamatkan penantian peminatnya terutama di Tamil Nadu yang menggelarnya ‘Superstar.’
“Saya akan membentuk parti politik sendiri dan bertanding daripada semua 234 kerusi dalam pilihan raya (negeri) akan datang.
“Saya tidak melakukannya kerana jawatan, wang atau kemasyhuran kerana saya sudah mempunyai semuanya,” katanya kepada dewan yang dipenuhi penyokongnya di Chennai, ibu kota Tamil Nadu.
Pengumuman itu disambut dengan meriah oleh peminatnya dengan membakar bunga api, menari serta melaungkan slogan untuk Rajinikanth di luar dewan.
Rajinikanth pernah bekerja sebagai konduktor bas di selatan bandar India di Bangalore sebelum ke Chennai pada 1973 untuk mencapai impiannya berkecimpung dalam dunia lakonan.
Dia kemudiannya muncul sebagai bintang tersohor dalam sejarah filem berbahasa Tamil.
Pada 1996, dia membantu mengalahkan kerajaan negeri pada 1996 dengan meminta semua peminatnya keluar mengundi sebelum pilihan raya diadakan.
Negeri yang mempunyai 72 juta penduduk itu mengalami ketidakstabilan politik sejak kematian ketua menteri yang berkarisma, Jayalalithaa Jayaram yang juga bekas bintang filem, tahun ini.
Sumber - Harian Metro
Comments :
0 comments to “'Superstar' Rajinikanth masuk politik”
Post a Comment