Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Rajinikanth Kunjungi Najib Balas Lawatan PM Ke India


PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menerima kunjungan bintang filem mega India, Rajinikanth yang membalas lawatan Perdana Menteri ketika di Chennai, pada Mac tahun lalu.


“Sangat menggembirakan dapat bertemu Thailava @superstarrajini lagi hari ini. Kali ini di Malaysia. Nikmati masa anda di sini,” katanya menerusi akaun Twitter dan Facebook beliau yang dikongsi bersama umum, malam tadi.


Thalaiva dalam bahasa Tamil yang bermaksud ketua atau lazimnya turut dirujuk sebagai bos dan legenda sebagai menunjukkan tanda penghormatan tinggi seseorang kepada individu tertentu.


Aktor yang berusia 68 tahun itu tiba di Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri Festival Natchathira Vizha 2018 dan dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di ibu negara pada hari ini.


Rajinikanth bakal menyertai lebih 250 penggiat industri hiburan Kollywood termasuk Kamal Haasan dan artis tempatan untuk bertemu kira-kira 30,000 penonton dalam acara yang dijangka berakhir jam 10 malam nanti.


Beliau berkunjung ke Malaysia buat kali pertama pada 2016 bagi menjalani penggambaran filem perdana Kabali yang turut menyenaraikan beberapa aktor popular tempatan seperti Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.


Dalam lawatan terbabit, Rajinikanth yang baru mengumumkan penyertaannya dalam politik dengan menubuhkan sebuah parti baharu di negeri Tamil Nadu, turut menyatakan hasratnya untuk bertemu Perdana Menteri.


Rajinikanth atau ‘The Boss’ yang sudah bergelar aktor sejak lima dekad lalu, sehingga kini sudah membintangi lebih daripada 150 judul filem dan kebanyakannya dalam bahasa Tamil. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Comments :

0 comments to “Rajinikanth Kunjungi Najib Balas Lawatan PM Ke India”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.