Netizen teruja dengan jumlah yang diperolehi lelaki ini hasil dari menabung selama tujuh bulan. Beliau yang mula menabung sejak bulan Mei lalu dengan disiplin yang ketat juga tidak menyangka dirinya mampu menyimpan sebanyak itu.
Gembira dengan pencapaian yang tidak disangka-sangkakan itu, beliau berkongsi beberapa tips bagaimana mahu menabung mengikut kemampuan masing-masing dan mungkin tips yang dikongsikan ini boleh dijadikan sebagai azam baru bagi mereka yang masih belum ada azam 2018. Semoga bermanfaat!
TABUNG duit merah 2017, selesai dibedah. Cubaan pertama menabung dari tempoh 1 Mei 2017 - 31 Disember 2017. Minimum simpan sehari RM10, seminggu RM70. Jumlah terkumpul? RM4,380!
Nikmat dia lain macam bila tengok duit merah bersepa. Azam tahun 2018, seminggu minimum tiga keping RM50. Ayuh!
Selepas setahun beli tabung, baru rasa nak guna. Start rasa nak menabung bila risau tengok duit dalam akaun bank semakin susut. Aku tak suka menabung sebenarnya sebab tak tahu berapa amaun duit yang telah disimpan. Tetapi terpaksa menabung bila duit dalam akaun bank semakin susut sebab asyik shopping online.
Bila menabung ini, selamat sikit duit. Dah masukkan duit, takkanlah nak susah-susah pecahkan tabung semata-mata nak beli kasut, baju atau benda-benda lain?
Minimum simpan RM10 sehari. Tetapi akan ada hari yang aku simpan lebih. Bergantung kepada apa yang aku buat, dapat dan capai dalam minggu itu. Reward and punishment.
Reward contohnya kalau aku ada achieve something yang aku harapkan. Contohnya masa aku habis intern, aku convo hari itu. Minggu itu aku masukkan lebih. Instead of RM70 minggu biasa, minggu reward itu aku masukkan RM200 seminggu.
Begitu juga punishment. Contohnya minggu itu aku jadi malas semacam, aku terlebih guna duit dalam bank. Aku kenalah punish diri aku dengan masukkan duit lebih dalam tabung. Contohnya RM150, so hujung tahun merasalah duit reward and punishment itu.
Antara benda paling triggered buat aku nak menabung bila baca pengalaman orang lain menabung di @kewangangraduan dan baca DJ radio belen @mohdeazy tweet hari ini dah simpan RM5 ke belum.
Nak menabung tak senang, tak susah. Depends pada oranglah. Pertama kena ada tabung, kedua disiplin, ketiga paling penting sumber. Ada tabung dengan disiplin kalau sumber kewangan tak ada pun tak menjadi juga.
Jadi, carilah sumber kewangan yang halal untuk mula menabung. Tak mampu mulakan dengan amaun yang besar, bermulalah dengan amaun 50 sen, RM1, RM5, RM10 sehari. Hujung tahun tetap akan banyak. Lepas itu barulah simpan RM50 dan seterusnya.
Sumber -Roarjab&The Reporter
Comments :
0 comments to “'Hasil Menabung Duit Merah Selama 7 Bulan, RM4,380!' - Ini Tips Menabung 2018”
Post a Comment