Jika sebelum ini iluminasi.com berkongsi dengan anda senarai kerja paling stress, kerja paling pelik, kerja paling berbahaya dan kerja yang paling menggemukkan badan, namun kali ini kami ingin berkongsi senarai pekerjaan yang paling teruk di dunia.
Mungkin terdapat lagi pekerjaan yang lebih teruk namun bagi iluminasi.com ini adalah 5 yang paling teruk di antara yang paling teruk di dunia.
4. Penyelidik nyamuk Brazil
Bagi penyelidik-penyelidik yang berusaha membanteras malaria, mereka perlu mengkaji tabiat gigitan nyamuk yang menyebarkan penyakit tersebut. Seperti di Afrika, nyamuk-nyamuk tersebut tertarik dengan perangkap yang menggunakan cahaya atau angin, namun di Brazil, teknik itu tidak berkesan kepada nyamuk yang bijak iaitu spesis Anopheles Darlingi.
Nyamuk ini hanya akan datang jika diletakkan umpan, dan biasanya umpan tersebut adalah manusia, iaitu penyelidik itu sendiri. Saintis tersebut akan keluar pada waktu petang di mana nyamuk menjadi aktif dan duduk di dalam kelambu yang dibiarkan sedikit terbuka di bahagian bawahnya.
Nyamuk yang bijak ini kemudiannya masuk menggunakan ruang di yang terbuka di bawah dan mula mencari makanannya. Apabila nyamuk ini mula menghisap darah, saintis tersebut akan menggunakan sebuah bekas dan memerangkap nyamuk tersebut.
Saintis veteran, Helge Zieler mengorbankan dirinya untuk sains 2 kali seminggu, dan beliau pernah menangkap 500 ekor nyamuk hanya dalaam masa 3 jam. Kesan daripada itu, beliau menerima hampir 3,000 gigitan.
Beliau pernah dijangkiti malaria disebabkan kerja ini. Walaupun mengambil ubat prophylactic chloroquine, Helge mengambil masa 2 tahun untuk pulih daripada malaria.
3. Pengawal kualiti makanan kucing
Bagi mereka yang pencinta kucing, belum tentu sanggup bekerja sebagai pengawal kualiti makanan kucing. Seorang warga Britain, Jon Hanson yang merupakan pekerja dalam bidang ini, memberitahu bahawa ia adalah kerja yang paling teruk dalam hidupnya.
Kerja nya bunyi macam mudah, tapi apabila melaluinya, tiada siapaa yang tahu. Tugas pertama adalah membenamkan muka ke dalam bekas yang dipenuhi makanan kucing dan menghidu makanan tersebut. Ia bertujuan memastikan makanan tersebut masih segar. Kalau segar tak mengapa, kalau tak segar? Muntahlah jawabnya.
Tugas kedua adalah memasukkan lengan ke dalam makanan dan meraba mencari ketulan tulang lalu dikeluarkan. Bagi mereka yang sensitif, baca artikel ini pun boleh termuntah.
2. Tukang bersih pembetung
Antara kerja yang paling memerlukan ketahanan mental yang paling tinggi di dunia. Kerja membersih pembetung bukanlah kerja yang boleh diguraukan, kerana ia sangat-sangat mencabar.
Seperti Ramesh Sahu dalam gambar di atas, beliau merupakan pekerja di jabatan sanitasi di Calcutta, India yang bertanggungjawab dalam mencuci dan membersihkan serta mengeluarkan muatan pembetung di bandar tersebut. Biasanya Rakesh akan duduk di dalam lubang pembetung, 7 kaki di bawah tanah dan mencedok segala sisa buangan manusia dan apa sahaja yang ada di dalamnya.
Berbekalkan cangkul, Rakesh akan cecair likat seakan lumpur daripada pembetung dan memasukkan ke dalam baldi. Bayangkan anda terpaksa mencedok dan menghidu kotoran termasuk tahi dan air kencing orang satu bandar.
Euw! Kotoran yang sangat busuk terpercik ke atas badan Rakesh tatkala mengangkat baldi tersebut dan diberikan kepada pekerja yang berada di atas. Lebih teruk, kerja yang telah dilakukan oleh Rakesh selama 10 tahun ini hanya dibayar RM450 sebulan.
1. Tukang onani haiwan
Baca nama pekerjaan ini pun sudah tepuk dahi, belum buat lagi. Bagi saintis yang ingin melakukan kajian terhadap tahap kesuburan haiwan atau persemanian buatan, mereka memerlukan sperma haiwan tersebut.
Dan bagi mendapatka sperma, mereka mempunyai 3 pilihan, sama ada memasukkan jarum elektrik ke dalam dubur haiwan, menggunakan faraj buatan, atau melakukan cara tradisional, iaitu onani haiwan tersebut.
Bagi melakukan tugas ini, pekerja tersebut mestilah terlatih. Ia biasanya dilakukan terhadap lembu tenusu yang dianggap sebagai lembu yang paling berbahaya.
Terlebih dahulu, lembu tersebut akan melalui proses menaikkan syahwatnya, dan ketika ia sudah bersedia, pekerja yang sangat berani ini perlu masuk ke bawah celah kangkang lembu ini dan memasukkan zakar lembut tersebut ke dalam faraj buatan. Pekerja ini perlu memegang “gajet” tersebut dengan sekuat-kuatnya ketika lembu tersebut sampai ke kemuncak.
Bagi menjaga keselamatan pekerja yang berani ini, 3 orang pekerja lain dipasangkan tali pada badan mereka dan diikat pada hidung lembu tersebut, jika berlaku kecemasan, mereka akan menarik tali tersebut. Namun, ramai yang telah dihantar ke hospital disebabkan pekerjaan ini. Bukan sahaja menjijikkan, malah merbahaya!
Sumber: katakpisang.com
Comments :
0 comments to “Inilah 4 Pekerjaan Yang Paling Teruk Di Dunia, Nombor 1 Paling Mencabar!”
Post a Comment