Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Iqram Dinzly Didakwa Hina Nabi, Ustaz Gesa JAIPK Pantau Dan Ambil Tindakan



PETALING JAYA: Tindakan pelakon Iqram Dinzly yang menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai 'Che Mat' mendapat teguran dari pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary.


Menurut Abu Syafiq, kenyataan yang dibuat pelakon itu dalam program hiburan Melodi pada Ahad lalu boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada Nabi Muhammad dan dia perlu bertaubat.


"Kita perlu berhati-hati memberi nama kepada Nabi Muhammad, Allah berfiman dalam Al-Quran, bahawa janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain).


"Itu perkara asas yang mana anak-anak kecil pun tahu tentang itu, bagaimana dia boleh bercakap di televisyen secara langsung dengan ditonton oleh semua masyarakat,"

ujarnya menerusi laman Facebook peribadi miliknya pada Isnin.


Iqram yang menjadi tetamu dalam segmen terbaru rancangan itu sempat berkongsi luahan hati apabila sering dituduh tidak waras selepas memuat naik video-video aksi pelik yang menjadi tular di media sosial.


Sementara itu, Abu Syafiq berkata, pihak Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) seharusnya memantau dan mengambil tindakan terhadap pelakon tersebut.


Jelasnya lagi, ini bukan tindakan kali pertama pelakon ini mempersendakan Islam kerana sebelum ini dia juga pernah dilihat menconteng kalimah Allah SWT di dahinya.


"Sudah tiba masanya Jabatan Agama Islam Perak mengambil tindakan tegas terhadap pelakon ini. Jangan duduk senyap kerana Iqram sudah menghina nama Nabi secara umum,"
 

Katanya.


Bagaimanapun, dia turut berdoa agar pelakon itu diberikan hidayah dan bertaubat atas perbuatan tersebut.


Abu Syafiq menyeru pihak Jaipk berikutan Iqram yang kini tinggal di Ipoh, Perak bersama keluarganya.


Sumber: mStar Online

Comments :

0 comments to “Iqram Dinzly Didakwa Hina Nabi, Ustaz Gesa JAIPK Pantau Dan Ambil Tindakan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.