Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Aliff Syukri Mengakui Kesilapan



KUALA LUMPUR 3 Jan.- Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengakui kesilapan menggunakan cukai jalan kenderaan yang didaftarkan di Sarawak untuk kereta mewah miliknya. Jelasnya, buat masa ini dia enggan memberi komen lanjut mengenai apa yang berlaku dan akur dengan hukuman yang akan diterima.


“Memang saya salah sebab saya cuai dan akan bersedia membayar denda atas kesalahan ini. “Saya harap mereka di luar sana tidak lagi mengecam saya atas kesalahan ini kerana sebagai manusia biasa saya juga melakukan kesilapan,” tambahnya.


Ketika ditanya lanjut mengenai kereta mewah jenis Rolls Royce itu, kata Aliff dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Aliff juga menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu iktibar buat dirinya. “Saya anggap ini sebagai satu cabaran buat saya. Tetapi pihak netizen juga kalau boleh janganlah menghukum saya ibaratnya saya membuat satu kesalahan yang besar seperti membunuh dan merogol,”katanya.


Kereta mewah milik Aliff disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 1 Januari lalu dalam operasi bersepadu dijalankan di Bangsar. Ketika ditahan, kereta disewakan jutawan tersebut dinaiki dua warga asing yang turut diberkas Jabatan Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selain menggunakan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.


Sumber : Utusan

Comments :

0 comments to “Aliff Syukri Mengakui Kesilapan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.